Saturday, January 16, 2021

TREND JANGKITAN COVID-19 MALAYSIA-MENEPATI RAMALAN PAKAR NEGARA CHINA

Pada 6 Disember, 2020, pakar epidemiologi merangkap penasihat perubatan kerajaan China, Zhong Nanshan menyatakan bahawa jumlah kes penularan Covid-19 di Malaysia menjadi lebih serius dan menjangkakan pada 25 Januari, 2021 jumlah kes positif di Malaysia mencecah 187,997 kes. 

Hari ini, jumlah kes positif negara 155,095 kes, bererti hanya perlu tambahan 32,902 kes lagi untuk menepati ramalan pakar negara China tersebut. 

Jika berpandukan kes positif harian termasuk hari ini berjumlah 4,021, iaitu rekod tertinggi sejak 10 bulan lalu. 

Dalam tempoh 9 hari hanya memerlukan purata harian 3,656 kes positif untuk mencecah hampir 190,000 kes. 

Setakat hari ini, 117, 375 kes positif sembuh sepenuhnya, manakala kematian 594. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan covid-19 adalah 37,126 kes. Daripada jumlah ini 205 kes dirawat di ICU, di mana 79 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Melihat jumlah kes aktif, nampaknya Sistem kesihatan negara semakin tertekan, walaupun belum mengangkat tangan. 

KKM terpaksa memperkenalkan protokol baharu, bagi pesakit positif yang kurantin kendiri, perlu menjaga diri sendiri selama 10 hari, dan wajib mengemaskinikan pemantauan kesihatan sendiri menlalui MySejahtera, dan jika dalam kurantin kendiri mengalami SESAK NAFAS dan SUHU badan yang tinggi, perlu lah mendail 999. KKM terpaksa memperkenal protokol baharu, #pesakitjagapesakit, memandangkan fasiliti kesihatan seperti katil tidak dapat menampung jumlah pesakit. 

Selain itu, protokol baharu saringan bagi kontrak rapat, hanya untuk mereka yang bergejala, bagi yang tiada gejala, memadai kurantin kendiri. 

Kurantin kendiri, jika bakal pesakit jujur pada sendiri, maka akan duduk di rumah sekurang-kurangnya 14 hari, bagi yang “tidak peduli” akan merayau-rayau, dan mungkin menjangkiti yang lain. 

Tidak tahu lah, bagai mana melandaikan kelok penularan di negara kita, yang diramalkan pada Mei depan. Nampaknya, KKM tidak mengambil pendekatan, biar sengsara dalam masa 14 hari, menerusi protokol yang ketat, berbanding PKP dilanjutkan berulang-ulang.

3 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Tgk. INDIA pun dah mula dgn. program VAKSIN dia utk. RAKYAT dia!!

Rejim DIKTATOR muhyiddin/PN ni - telah MENIPU Kesultananan Islam/Melayu kita, Rakyat & Negara habis2an - disyaki berMOTIF menangguhkan program VAKSIN sampai 8 bulan utk. RAKYAT - supaya DARURAT POLITIK jahanam ni boleh diLAKSANAkan agar Muhyiddin yg. dah HILANG MAJORITI utk. terus jadi PM & Melayu2 LIBERAL dr. parti BUKAN Pribumi lagi, BERSATU yg. amat MERBAHAYA, LICIK, RASIS, FASIS, BUAS, BONGKAK, TAMAK & PENIPU ni dpt. KEKAL berkuasa hingga mungkin AKHIR TAHUN 2021 - & dpt. terus MENJAHANAMkan apa2 HAK Islam/Umatnya dan BUMIPUTERA kita dlm. syarikat2 GLC, spt. KHAZANAH, TABUNG HAJI, PNB, BOUSTEAD, LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA dsbnya!!

Lihat di - https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/01/776679/covid-19-india-mulakan-program-vaksinasi-mega

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Tak kira utk. 1 @ 3 DEWAN - kenapa begitu MAHAL & buat waktu WABAK COVID-19 & DARURAT - sdgkan VAKSIN2 boleh diTANGGUHkan sampai begitu LEWAT utk. RAKYAT; seolah diSENGAJAkan supaya kes MENINGKAT & dpt. laksanakan DARURAT POLITIK ni!!

Lihat di - https://mykmu.net/2021/01/16/apa-kewajaran-muhyiddin-luluskan-projek-dewan-pagoh-bernilai-rm35-juta/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Tgk. ni, rejim PN terus nak MENIPU Rakyat - yg DAFTAR Nama2 penerima Vaksin shj. apahal LEMBU2 - tapi VAKSIN masih LEWAT - terutamanya utk. RAKYAT, sehingga 8 BULAN!!

Di - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/776804/500000-bakal-penerima-vaksin-sudah-dimaklumkan

Blog Archive