Sunday, January 17, 2021

BANJIR-KOTA BELUD TERUS MENANGIS

ANCAMAN banjir di kawasan Kota Belud diperhebat apabila berlaku gempa bumi Ranau, tahun 2015. Kerana gempa bumi tersebut, maka ratusan tan bungkahan tanah dan batu daripada seketir gunung Kinabalu, terhakis ke kawasan-kawasan rendah, khususnya Sungai Kedamaian dan Tempasuk.

Hukum alam, apabila sungai-sungai menjadi cetek, maka jika hujan, maka air tidak tertampung, sebaliknya merebak di kawasan-kawasan rendah lain, dan kebetulan kawasan-kawasan tersebut adalah perkampungan. 

Sejak tahun 2016, banjir menghantui penduduk Kota Belud. Apabila hujan sahaja, maka banjir berlaku. 

Masa yang tidak ditunggu-tunggu adalah musim monson timur laut, yang bertiup antara November-Februari. Pada musim ini, jumlah hujan agak tinggi, dan kadang kala disertai dengan air laut pasang, sehinggakan pertembungan berlaku, menyebabkan banjir semakin lambat surut. 

Kata kontraktor, perdalamkan semula sungai-sungai, dengan mengorek endapan tanah dan pasir, tetapi mereka tidak memberi tahu, hasil korekan itu diletakkan di mana. Itu lah yang berlaku, sungai dikorek, hujan datang, endapan masuk semula ke sungai. 

Jabatan alam sekitar kata, jangan ke mana-mana kan hasil korekan, kerana mengubah keseimbangan di kawasan berkenaan. Kerana pertembungan pendapat dan pandangan ini, KOTA BELUD terus menanggis, setiap kali musim hujan. 

Apa yang dilakukan oleh para mangsa? Mungkin terus berdoa, malapetakan yang kerap mereka terima akan berhindar pergi, namun, harapan mereka dalam doa sehingga kini belum termakbul, mengapa? Jawapannya, manusia dikurniakan akal dan fikiran, perlu mengunakan akal dan fikiran tersebut merealisasikan doa-doa penduduk Kota Belud, kerana jelas Tuhan tidak akan mengubah nasib hambanya, kecuali mereka mengubah nasibnya, dengan menggunakan akal dan fikiran yang dipinjamkan oleh Allah SWT. 

Bagi penulis, mungkin sedikit daripada akal dan fikiran tersebut, perlu di mulakan dengan memperdalam muara sungai, di sebelah laut, sekurang-kurang nya, 1-2 kilometer daripada pantai. Memperdalam kawasan-kawasan tersebut, menyebabkan air hujan akan terus menunju ke kawasan tersebut, di kala banjir. Kerana Tuhan mengatur keseimbangan alam, air yang mengalir tersebut akan pula mengalir ke kawasan lain, dan berakhir ke Kutub Selatan, untuk dibentuk sebagai bongahan ais yang besar-besar, menyerupai sebuah pulau atau benua. 

Tahu kah, pasir yang dikorek tersebut, bukan sahaja menjana pendapatan negeri, juga tindakan pengorekan, boleh membuka peluang-peluang pekerjaan, membuka aktiviti ekonomi. Hanya manusia yang mengunakan akal dan fikiran sahaja yang boleh memanfaatkan, isyarat Tuhan menerusi banjir dan gempa bumi, Ranau untuk mempertingkatkan kemajuan dan pembangunan Kota Belud, juga penduduknya. 

Kota belud, tidak seperti daerah-daerah lain dikurniakan khazanah alam seperti kayu balak, atau kawasan perladangan, Kota Belud hanya dikurniakan dengan pantai yang cantik, tanah-tanah sawah. Ada lah isyarat Tuhan, menerusi banjir dan gempa bumi, PASIR dijadikan sebagai sumber pendapatan penduduk, daerah dan negeri. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive