Saturday, January 16, 2021

COVID-19: SISTEM KESIHATAN NEGARA TERTEKAN-DEMIKIAN JUGA RAKYAT

KALAU melihat angka kes kebolehjangkitan covid-19 yang berjumlah 35,253 (setakat pukul 12 tengah hari 16 Januari, 2021), 204 darpada angka tersebut dirawat di ICU, manakala 87 daripada 204 memerlukan bantuan pernafasan.

Walaupun KKM belum angkat tangan, akan tetapi perubahan pendekatan telah diperkenalkan, hanya kontak rapat yang bergejala sahaja dijalankan saringan, selain itu bagi mereka yang terjangkit masih berada pada tahap 1 dan 2, hanya kurantin kendiri di rumah, tetapi diberikan nasihat-Duduk di bilik yang berasingan daripada ahli rumah yang lain. Lebih baik bilik yang ada kemudahan bilir air; Pantau diri sendiri setiap hari untuk gejala. Hubungi 999 jika gejala bertambah teruk, seperti sesak nafas-demam tinggi; Pakai pelitup muka dan pastikan penjarakan fizikal 1-2 meter dengan ahli rumah yang lain; Jika terpaksa berkongsi bilir air, pastikan bilik air dibersihkan atau disinfeksi setiap kali selepas digunakan; dan Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau gunakan hand sanitizer. 

Penulis teringat semasa PKP 1.0 yang bermula pada 18 Mac, 2020, jumlah yang terjangkit hanya purata 100 sehari, malah pernah merekodkan sifar penularan, dan puncak jumlah kes yang mempunyai kadar kebolehjangkitan adalah 2700. Selepas PRN-16 Sabah yang dikatakan punca gelombang ke-3 jangkitan, jumlah kes yang mempunyai kebolehjangkitan meningkat lebih 10 kali ganda. 

Memang kerajaan mengambil pendekatan secara radikal pada masa PKP 1.0, kerana ketiadaan sokongan data, atau pengesan seperti MySejahtera, atas sebab itu, kerajaan mengunakan pendekatan total lockdown. Semasa total lockdown itu kerajaan membantu rakyat yang terjejas dengan menyalurkan bantuan tunai atau in-kind sehingga berjumlah RM21 bilion, namun pada masa PKP2.0 ini, mungkin kerajaan sudah belajar daripada pengalaman 9 bulan, bantuan tunai tidak diumumkan, walaupun bantuan in-kind masih dilaksanakan menerusi NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara). 

Pada hakikatnya, PKP2.0 rakyat yang rentan atau mudah terjejas, berhadapan dengan situasi yang lebih buruk berbanding PKP1.0, kerana pada masa itu, rakyat dalam golongan ini, masih ada sisa-sisa simpanan untuk digunakan dalam keadaan kecemasan, kerana mungkin, masih menerima gaji daripada majikan, namun selepas 9 bulan, bukan sedikit yang kehilangan pekerajaan. Apa yang malang lagi, golongan yang bekerja sendiri, mula putus pendapatan, sejak bermulanya PKP, dan keadaan tersebut berlarutan sehingga kini. Golongan ini, masih dapat bernafas, kerana Bantuan Prihatin National, BPN1.0 dan BPN2.0. 

Pada PKP2.0 ini, walaupun baki BPN2.0 dibayar bermula 21 Januari, 2021, tetapi jumlahnya maksimum RM300. Jumlah itu, hanya cukup untuk menampung menyediakan makanan di meja makan seminggu untuk KIR yang mempunyai anggota keluarga 4 orang. Terima kasih juga kepada TNB/SESB kerana selama PKP tiada pemotongan elektrik, manakala bekalan air, belum ada pengumuman mengenainya. 

Penularan covid-19 dalam negara, hakikatnya tiada sesiapa yang boleh menyalahkan virus tersebut mengapa berjangkit, kerana memang lah fungsi virus tersebut untuk menjangkiti semaksimum mungkin mangsa. Yang perlu disalahkan ada lah kita-kita yang mahu dijangkiti. KKM atau WHO telah mengeluarkan protokol bagai mana manusia mengelak untuk dijangkiti, tetapi manusia juga memaksa diri untuk dijangkiti, samada sengaja atau tidak sengaja. 

Keputusan Datuk Shafie Apdal membubarkan DUN Sabah pada hujung Julai, 2020 untuk membolehkan PRN-16 Sabah diadakan, ada lah punca gelombang ke-3 penularan Covid-19 dalam negara, sehingga menyebabkan bukan sahaja PKP2.0 akan tetapi Proklamasi Darurat. 

Kini negara berhadapan dengan fasiliti kesihatan, terpaksa mengeluarkan peruntukan yang besar untuk menampung pesakit, samada membina hospital sementara atau menggunapakai hospital swasta, dan sudah tentunya semua itu memperlukan peruntukan yang besar. Di lain pihak pula, kerajaan perlu melihat kebajikan rakyat yang rentan, khususnya berkaitan makanan yang dapat disediakan di atas meja atau atas tikar mengkuang, kerana golongan ini cukup terjejas dalam semasa PKP ini. 

Tetapi, apa yang pelik, walaupun Kerajaan berhadapan dengan situasi yang amat getir, para pemimpin politik yang sememang tidak terkesan dengan apa jenis bencana, masih mempunyai hati berkempen agar ahli-ahli parlimen menulis surat kepada YDPA untuk memohon membatalkan proklamasi Darurat, dengan desakan, agar Parlimen perlu bersidang. Pemimpin tersebut, tidak menyebut sebarang alasan, mengapa sidang parlimen diperlukan, sedangkan pada masa ini, yang diperlukan adalah tindakan di lapangan, ia itu melawan Pandemik Covid-19 dan melawan kelesuan ekonomi.

No comments:

Blog Archive