Friday, January 15, 2021

MASA DEPAN PEMIMPIN ADA KES MAHKAMAH?

Di negara ini, apapun noda yang terpalit pada seseorang pemimpin, termasuk banduan, TIDAK semestinya ditolak oleh rakyat. Sebabnya, di mata rakyat mereka itu TIDAK bersalah. Demikian juga bagaimana "bersihnya" seseorang itu di mata mahkamah, tetapi rakyat menolaknya, kerana rakyat melihatnya sebagai bersalah.

Pada PRU-15 nanti, akan kita saksikan, ramai pemimpin dalam dua kategori ini akan menjadi calon pilihanraya.

Ada pihak yang mengaku "sangat" bersih awal-awal lagi menyatakan tidak akan bekerjasama dengan pemimpin yang terkait dengan mahkamah, apa tah lagi yang telah dijatuhi hukuman bersalah.

Tun Dr Mahathir, mengaku sebagai pemimpin yang enggan bekerjasama dengan pemimpin yang dihadapkan ke mahkamah, samada mereka itu didapati bersalah mahupun belum. Tetapi pendirian itu terhad pada pemimpin Umno sahaja, bukannya pemimpin parti lain. Sebabnya, pada PRU-14, beliau bekerjasama dengan Lim Guan Eng, sedangkan pada masa itu, kes rasuah Setiausaha Agung DAP itu sedang berjalan. Selain itu, beliau juga bekerjasama dengan Dato Seri Anwar Ibrahim yang mana masa itu sedang merengkok dalam penjara kerana bersalah dalam soal seks luar tabii.

Tun Mahathir, menganggap seseorang yang dihadapkan ke mahkamah, sudah pasti bersalah, walaupun anggapan sejagad, seseorang itu TIDAK bersalah selagi TIDAK dijatuhi bersalah oleh mahkamah. TETAPI, anggapan itu hanya terhad pada PEMIMPIN UMNO.

Dalam urusan mahkamah, jika seseorang itu sudah sampai di Perikngkat Mahkamah Tertingi, dalam hal ini Mahkamah Persekutuan, jika didapati bersalah, diperingkat itu, maka sah sebagai bersalah. Selagi belum sampai ke peringkat itu, seseorang itu perlu diberi tag BELUM BERSALAH.

Selepas PRU-14, pemimpin Umno lah yang ramai dihadapkan ke mahkamah dengan berbagai tuduhan, malah tuduhan itu direkayasa sedemikian rupa, dengan senarai yang panjang. Tujuannya hanya satu, supaya yang membacanya, terperdaya atau percaya, orang kena tuduh (OKT) itu patut dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan yang dilakukan.

Memang diantara OKT itu, dituduh dengan tuduhan yang tidak berasas, tuduhan direkayasa, tuduhan dibuat-buat. Mahkamah bukan lah "rubber stamp" jika mahkamah mendapati tiada asas kukuh terhadap kes yang didengar, maka OKT bukan sahaja dibebaskan MALAH dilepaskan.

Penulis masih yakin, pada PRU-15, Umno masih mencalonkan para pemimpin mereka yang mempunyai kes mahkamah, kerana parti itu menganggap mereka itu bukan lah liabitii kepada parti, akan tetapi masih sebagai kategori "winnabale candidate".

Jika kaedah ini menjadi keputusan Umno, maka sudah tentu dijadikan senjata oleh pemimpin seperti Tun Dr Mahathir. Namun, penulis yakin tidak akan memberi impak di kawasan-kawasan yang ditandingi parti itu, melainkan di kawasan-kawasan yang memang kawasan pembangkang, khususnya kawasan-kawasan yang ditandingi DAP.

Pandangan penulis, apa kah Umno memilih calon-calon yang ada kes mahkamah ataupun tidak, penerimaa rakyat terhadap parti tersebut kekal sama. Dengan keadaan demikian, selagi pemimpin TERSEBUT bersama UMNO, masa depan mereka dalam arena politik kekal ada, atas sebab, mereka itu belum menjadi liabiliti, malah masih berperanan sebagai peggamit kemenangan dan seterusnya penyumbang kerusi.

Pendapat penulis, apa kah Umno masih mempertahankan para pemimpin yang ada kes mahkamah, bukan sesuatu negatif kepada parti tersebut. Apa yang mencalar imej parti itu, adalah kenyataan-kenyataan segelintir pemimpin parti itu, yang membawa pengertian kepada kesombongan, angkuh, kerakusan, termasuk memperkecil rakyat. Kelakuan atau perbuatan seumpama ini lah, yang menyebabkan rakyat menolak, bosan dan benci. Kerana kelakuan dan perbuatan ini, para pemimpin lain terpalit, seperti kata peribahasa, seekor kerbau membawa lumpur, yang lain terpalit.

Bukan itu sahaja perbuatan atau tindakan sesetengah pemimpin parti itu yang mengambil pendekatan "bermain kayu tiga" samada dalam Muafakat Nasional (MN) mahupun dalam Perikatan Nasional (PN) menyebabkan sesetengah rakyat meluat.

Umno sebelum berhadapan dengan PRU-15, kerana merungkai betul-betul halatuju parti itu, dan ambil lah iktibar kekalahan pada PRU-14, dan belajar lah pada KEPUTUSAN PRN-16 Sabah. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive