Friday, January 22, 2021

JANGAN ULANG HERET SD KE SANA KE SINI

PARA pemimpin yang bergabung dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedar, sebelum pembuangan undi, mereka perlu bersatu/bergabung semasa PRN-16 Sabah, kerana dalam benak mereka, jangan berulang heret SD (Surat akuan) ke sana ke sini, semata-mata untuk mengumpulkan jumlah kekuatan.

Jika Umno (bukan Umno Sabah) masih tidak mengambil iktibar, masih tidak menjadikan keputusan PRU-14 sebagai sempadan, maka selepas PRU-15, akan menjadi sebahagian yang mengheret SD ke sana ke sini. 

Sepatutnya, pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berasaskan SD menjadi pelajaran yang amat berguna kepada pemimpin Umno. Umno tidak pernah silap, tetapi sesetengah pimpinnya yang silap. 

Umno tidak boleh bersendirian. Umno kena berkerjasama dengan parti lain. Tiada jaminan Umno boleh menang dengan sokongan ahli teramai (di atas kertas) kerana terbukti pada PRU-14, sebahagian ahli tidak memilih calon-calon parti tersebut. 

Umno Sabah telah membuktikan, bahawa, tidak semua ahli menyokong calon-calon parti tersebut, atas sebab itu, banyak kawasan tradisi parti tersebut, tewas pada PRN-16 Sabah. 

Memutuskan hubungan dengan PPBM, akan menjadikan kedua-dua parti itu menang jadi arang kalah jadi abu (dua-dua rugi, layu di tasik madu). 

Ditakdirkan kedua-dua parti tersebut berkawan dengan Parti Pas. Parti Pas yang cukup pengalaman bersama DAP, Bersama PKR, malah bersama dengan parti-parti pembangkang lain, membuat pendirian, PERLU bersama PPBM, PERLU bersama Umno. 

Bagi Pas, keutuhan kaum majoriti mengatasi semua kepentingan peribadi. 

Tidak kah pemimpin Umno dapat melihat semua itu? GRS membuka jalan, untuk mengelak mengheret SD ke sana ke sini, maka KERJASAMA perlu berlaku, khususnya antara Umno, PPBM dan Pas, kecuali lah Umno membuka jalan PENJAJARAN politik baharu, dengan tidak mengambilkira PENGALAMAN parti Pas!!!. Hanya pemimpin Umno yang boleh memberi jawapan.

No comments:

Blog Archive