Saturday, January 23, 2021

COVID-19: MENGAPA PEMATUHAN TIDAK 100 PERATUS?

Malaysia pernah melandaikan keluk jangkitan gelombang ke-2 jangkitan Covid-19, semasa PKP1.0. Namun, semasa gelombang ke-3 ini, semacam sistem kesihatan negara kelihatan hanya boleh bertahan, dan beserah, kepada qada dan qadar.

Mengapa keadaan ini berlaku? Sedangkan metodologi yang digunakan serupa, termasuk SOP, malah kini diperkuat dengan Proklamasi darurat!!!. 

Negara mencatit kadar tertinggi jangkitan 4,029 pada 16 Januari, kadar kematian tertinggi pada 22 Januari (18 kematian), dan setakat semalam jumlah kes positif 176,180 kurang 11,720 kes menepati sepertimana ramalan pakar china pada 6 Disember, 2020, bahawa jumlah kes di Malaysia boleh mencecah 187,900 pada 25 Januari). Daripada jumlah setakat semalam, 132,706 sembuh sepenuhnya, 660 kematian dan 42,814 sedang dirawat. 

Perlu diakui penularan gelombang ke-3, kerana perbuatan pemimpin sendiri, kemudian ditambah oleh mereka yang telah letih menanti kesudahan pandemik covid-19. 

Mereka yang tidak patuh, adalah penyebab utama gelombang ke-3, dan malangnya, sebahagian yang tidak patuh tersebut adalah pemimpin, apa kah pemimpin politik atau pun bukan. 

Jika kadar jangkitan tinggi di penjara atau pusat tahanan sementara (PTS) atau depoh tahanan atau tapak pembinaan, atau penempatan pekerja, memang tidak dapat dielak, atas sebab sukarnya mematuhi SOP, akan tetapi apabila melibatkan pemimpin, seperti menteri atau pemimpin lain, maka kita perlu bertanya, apa yang  TIDAK KENA? 

Sabah, salah satu negeri pencetus gelombang ke-3, implikasi kepada PRN-16 negeri di bawah bayu tersebut, dilaporkan, peratus pematuhan berlegar-legar antara 90-94 peratus. Kerana tidak mendekati 100%, maka apabila dilihat di kawasan tumpuhan ramai, keadaan seolah-olah TIDAK berlakunya PKP (perintah kawalan pergerakan), mungkin atas sebab itu, peratusan kes positif terbanyak adalah kontak rapat, dikuti kes lain-lain, manakala kes daripada kluster yang dikenal pasti menududuki tempat tercorot. 

Peratusan pematuhan SOP, tidak mencapai 100%, kerana ada dikalangan rakyat merasa letih, geram, bosan, malah protes, atas sebab berlakunya kesenjangan pendekatan, kerana berlaku keadaan dua darjat. Selain itu, kegerunan berkaitan covid-19 telah menurun dengan drastik, khsususnya di tempat-tempat kerja yang melibatkan ramai orang. Atas sebab itu, maka akhir-akhirnya ini munculnya kluster-kluster tempat kerja. 

Melihat kepada fenomena jangkitan, usaha KKM melandaikan keluk jangkitan yang diramalkan hanya akan berlaku pada Mei depan, mungkin berhadapan kesukaran. Jika demikian, jawapan adalah secepat mana dilaksanakan pelalian secara besar-besaran. Telah diumumkan pelalian hanya akan dapat dilaksanakan pada awal Mac, kerana vaksin hanya akan sampai minggu terkahir bulan Februari. 

Sementara menunggu vaksin, KKM dan petugas barisan hadapan, terpaksa berkerja ada jangkitan, asingkan, rawat, demikian lah seterusnya....

4 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Tak habis2 nak menutup mulut sesiapa dr. RAKYAT @ mana2 PEMIMPIN2 Orang Asal ISLAM/MELAYU amat BERANI yg. MENENTANG rejim DIKTATOR muhyiddin-parti BUKAN lagi Pribumi, BERSATU liberal PARASIT amat RASIS, FASIS, TAMAK, BONGKAK, BUAS, RAKUS & PENIPU ni!!

PKP terus diLANJUTkan sampai 4 Feb. utk. MENGHUKUM Rakyat yg. MAJORITI, patuh SOP - tapi PENYEBAR UTAMA Covid-19, si MAJIKAN2 TAMAK Kilang2/Tapak2 Pembinaan GERGASI - diBIAQkan terus berOPERASI - walau BERIBU Pekerja2 ASING@ disyaki PATI2 depa, tak diSARING & diJANGKITI Covid-19!!

Ya, akibatnya DARURAT POLITIK jijik rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal yg. MENCABUL Undg2 Perlembagaan 150 (3) dgn. MENIPU & MEMERANGKAP DYMM SPB YDPA kita, utk. rejim parti FASIS yg. BUKAN Pribumi lagi, BERSATU, yg. membuat Undg2 Darurat (Ordinan Darurat) yg. sewenangnya MENGGANTUNG akan UNDG2 PERLEMBAGAAN & PARLIMEN - dapat diTERUSkan dgn. ZALIM!!

Lihat artikel BERNAS oleh YAM DS Najib terCINTA kita ni, di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/hari-ini-hari-ke-9-pkp-20purata-tempoh-inkubasi-covid-selepas-berjangkit-ialah-a/10157635540885952/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

DASYATnya!! VAKSINASI Covid-19 utk. RAKYAT - mungkin hanya selesai suku 2022!!

GILA betul!! Maka, mungkin DARURAT terus berSAMBUNG & PARLIMEN terus diGANTUNG oleh rejim DIKTATOR muhyiddin/BERSATU liberal paling TAK GUNA sampai 2022!!

Lihat di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/01/22/tahun-2022-baru-dapat-selesai-alamatnya-darurat-boleh-di-sambung-sehingga-tahun-2022-lah-tu-lagi-ramai-terkena-jangkitan-lagi-kuat-justifikasi-sambung-darurat/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Lihat lagi psl. program VAKSINASI yg. punya LEWAT & LEMBAB ni, bawah rejim DIKTATOR Muhyiddin-BERSATU liberal paling TAK GUNA ni, di - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/777490/hampir-27-juta-rakyat-kumpulan-pertama-terima-vaksin-awal-mac-pm

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Lagi di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/01/21/100-orang-positif-covid-19-kilang-tak-diarahkan-tutup-perkerja-diarahkan-untuk-teruskan-bekerja/

Blog Archive