Saturday, January 23, 2021

SIAPA KAH AP PN SOKONG ANWAR?

SETAKAT ini, baik Anwar atau mana-mana pihak tidak menamakan siapa-siapa AP PN telah mengutus warkah kepada YDPA.

Di pihak PH, Warisan dan Pejuang yang berjumlah 108 AP telahpun mengutus warkah. Kerana dikatakan terdapatnya antara 114 atau 115 AP telah mengutus warkah, maka jelas, 6 atau 7 AP tersebut adalah AP PN. 

Jika benar ada AP PN telah mengutus warkah kepada YDPA, mereka itu terperangkap umpan Datuk Seri Anwar untuk memohon sidang parlimen, sedangkan niat sebenar, adalah untuk menumbangkan kerajaan. 

Anwar dengan nada yakin bakal membentuk kerajaan baharu, dengan menimbulkan berbagai isyarat semasa siaran langsung Program Minda Profesor Negara-Bicara Negarawan Siri-3 yang disiarkan melalui Facebook rasmi Majlis Profesor Negara pada Sabtu. Malah Presiden PKR itu memberi klu, bahawa PN sekarang ini hanya disokong 90 AP, apabila membuat dakwaan, bahawa GPS-Sarawak juga bakal menyusul mengutus warkah kepada YDPA. 

Apa kah pada kali ini, akan terbukti, bahawa dakwaan Anwar itu betul? Kerana sebelum ini, berbagai gerakan beliau terbukti auta. 

Apa kah dalam keadaan bertambah meruncingnya jangkitan pandemik covid-19 dalam negara, sekali lagi berlaku perubahan kerajaan? Sedangkan, gelombang ke-2 pandemik covid-19 dalam negara, kerana impak kepada perubahan kerajaan pada Mac lalu. 

Jumlah kes positif Covid-19 dalam negara menepati ramalan pakar China pada 6 Disember lalu, bahawa pada 25 Januari, kes positif covid-19 negara akan mencecah 187,900. Angka itu semakin didekati kerana hari ini jumlah kes positif adalah 180, 455, untuk dua hari hanya memerlukan 7,445 kes. Kes positif dalam negara, dalam tempoh kurang 3 bulan telah meningkat lebih sekali ganda, berbanding 9 bulan pertama. 

Jika berlaku perubahan kerajaan, apa kah kerajaan yang baharu tersebut mempunyai tongkat sakti atau magis, untuk mencegah penularan Covid-19? Atau jika hanya sidang parlimen, maka tiba-tiba akan terwujud tongkat sakti? yang terlahir daripada minda AP yang bersidang? 

Hakikatnya, dalam keadaan runcing ini, mereka yang mahu sangat menubuhkan kerajaan dengan umpan memohon sidang parlimen, telah mengheret YDPA dalam kancah politik. Mereka mencuba sedaya upaya, agar YDPA dalam keadaan serba salah, apa kah memberi perkenaan atau sebaliknya. 

Apa yang jelas, Proklamasi Darurat, bukan sahaja atas pertimbangan daripada usul kerajaan PN, akan tetapi daripada mereka yang terlibat dilapangan, seperti Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pengarah KKM dan Pesurujaya SPR. 

Tindakan pembangkang yang didalangi Anwar, jelas menafikan pengakuan mereka yang disebutkan di atas kepada YDPA, sedangkan pemasyuran Proklamasi Darurat merujuk kepada pengakuan pihak-pihak yang disebutkan.

1 comment:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Artikel BODOH - TAK habis2 nak MWNIPU & mengGERTAK Rakyat!!

PRESIDEN PAS ni nak suruh Parti PRIBUMI, UMNO - bersatu dgn. Parti BUKAN lagi Pribumi, BERSATU Diktator yg. PENIPU, TAMAK, BONGKAK, RAKUS, FASIS, RASIS - apahal?!!

Apakah YAB DS Tuan Hj. Hadi nak UMNO juga jadi KULI2 BUTA, BISU & PEKAK mcm. PAS - demi kuasa POLITIK PENIPU rejim PN yg. diKUASAI oleh DIKTATOR2 Muhyiddin/BERSATU liberal?!

Lihat bagaimana RAKYAT kita diLAYAN oleh rejim DIKTATOR Bersatu LIBERAL ni, di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/01/22/beberapa-orang-wanita-di-angkut-naik-lori-pdrm-kerana-memakai-mask-di-dagu/

Blog Archive