Thursday, January 21, 2021

AKHIRNYA JERAT ANWAR BERJAYA

SELEPAS sekian lama memasang jerat, akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya.

Kejayaan kali ini, apabila Presiden PKR itu menggunakan pancingan MENULIS surat kepada YDPA, untuk memohon jangan gantung persidangan Parlimen semasa darurat. 

Dikhabarkan lebih separuh daripada Ahli Parlimen (AP) telah menulis surat kepada YDPA memohon perkenaan diadakan sidang parlimen. Mereka yang menulis surat tersebut tidak mempersoalkan proklamasi darurat (mereka undur setapak ke belakang untuk hajat yang lebih besar). 

Apabila jumlah lebih separuh AP menulis surat, secara tidak langsung ingin mempengaruhi baginda untuk mempertimbangkan keputusan lain, kerana secara jelas, kerajaan yang ada tidak lagi ada sokongan. 

Apa kah keputusan lain yang diharapkan mereka itu, membatalkan proklamasi? Atau melantik seseorang yang mewakili AP yang lebih separuh tersebut untuk mengetuai kerajaan? 

Dalam keadaan sekarang PRU-15 bukan pilihan, memandangkan jangkitan covid-19 dalam negara cukup mengerunkan. 

Bagi pendapat penulis, baginda akan mempertahankan proklamasi darurat, akan mempertahankan kerajaan yang ada. Darurat memang diperlukan untuk melawan pandemik covid-19. Mempertahankan kerajaan yang ada, atas pertimbangan, jika pun pergantian kerajaan, tidak akan bertahan lama. Maka sebaiknya mempertahankan kerajaan yang ada sehingga pandemik covid-19 reda, selepas itu bubar parlimen untuk diadakan PRU-15. Jika demikian, maka kejayaan Anwar hanya setakat menjerat beberapa AP PN, itu sahaja. Dengan kejayaan tersebut, AP PN  yang terjerat tersebut ikut kata peribahasa yang dikejar tak dapat yang digendong berciciran.

No comments:

Blog Archive