Thursday, January 21, 2021

KERAJAAN GRS- BANTU RAKYAT MENERUSI TINDAKAN

TIDAK seperti Kerajaan Warisan (12 Mei, 2018- 26 September, 2020) telah melahirkan BAPA PENGUMUMAN Sabah, Kerajaan GRS, bertindak sebaliknya, memberi bantuan kepada rakyat menerusi tindakan.

Selain itu, segala bantuan yang disalurkan kepada rakyat yang terjejas, tidak diwar-warkan, kerana para pemimpin GRS percaya, betapa berat mata memadang, berat lagi bahu memikul, yang membawa erti, semua bantuan dirasakan sendiri oleh mereka yang terjejas, bukan untuk tontonan oleh rakyat yang tidak terjejas. 

Semasa kerajaan Warisan, semua bantuan kerajaan yang diagihkan kepada rakyat yang terjejas, bukan sahaja diwar-warkan, malah pemimpin yang mebahagikan bukan mengunakan jata negeri, sebaliknya logo parti Warisan, seolah-olah bantuan kerajaan datangnya daripada sebuah parti. 

Para pemimpin Warisan semasa melawat mangsa-mangsa atau sewaktu mengagihkan bantuan kerajaan, siap dengan pakaian atau baju korporat parti itu, untuk menunjukkan kepada rakyat, semua bantuan tersebut datangnya daripada parti tersebut. 

Kini, selepas tumbang, tidak nampak lagi, para pemimpin parti itu dengan baju korporat sambil menunjukkan simbol W melawat mangsa-mangsa bencana alam- Banjir dan air pasang besar, malah para pemimpinnya ghaib. 

Bencana banjir dan air pasang besar untuk kali ini, Kerajaan GRS, telah bersetuju membantu mangsa-mangsa dengan wang iksan RM500 secara one-off setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dan bantuan bakul makanan RM200. Bantuan itu terus diagihkan, tidak perlu dipohon, kerana jelas sekali, mangsa-mangsa yang terlibat, selain mereka yang terpaksa dipindahkan, juga senerai keluarga yang terjejas, didata oleh pejabat daerah atau NADMA. 

Ketua Menteri Sabah atau wakil kerajaan yang melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir termasuk Pusat Pemindahan Sementera (PPS), telah menyediakan sampul surat berisi RM500 daripada kerajaan negeri. Tujuan bayaran segera one-off, supaya mangsa-mangsa selepas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, boleh lah bernafas lega, sebelum memulakan kehidupan seterusnya. 

Ramai dikalangan rakyat Sabah selain terjejas akibat banjir dan air pasang, juga disertai dengan PKP2.0. Sempena PKP2.0, kerajaan negeri telah bersetuju menyalurkan RM300 secara one-off kepada kumpulan rentan atau kumpulan sasar.

No comments:

Blog Archive