Monday, November 23, 2020

SECARA KONVENSYEN-BRENNDON PERLU LETAK JAWATAN

TAN SRI THOMY THOMAS, meletakkan jawatan apabila kerajaan yang melantik beliau tumbang. Sepatutnya, Brenddon Keth Soh juga berbuat demikian.

Secara konvensyen, mana-mana individu yang dilantik kerana keputusan politik, perlu meletakkan jawatan, apabila kerajaan yang melantik seseorang tersebut tumbang.

Tidak timbul sangkaan masyarakat atau orang ramai, bahawa seseorang lantikan politik oleh kerajaan yang tumbang diminta letak jawatan, adalah taktik kerajaan off the day memperkukuhkan kedudukan politik.

Sesebuah kerajaan perlu bebas dengan mereka yang bersifat musang berbulu ayam, untuk memastikan kerajaan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Brenddon adalah Peguam Negeri Sabah yang mempertahankan Tindakan Datuk Shafie Apdal menasihatkan TYT Sabah membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai, 2020 yang membuka jalan kepada PRN-16 Sabah di kala negara berhadapan dengan PANDEMIK COVID-19. 

Kerana PRN tersebut maka terwujud KLUSTER COVID-19 PRN SABAH, yang menyebabkan jumlah jangkitan dan kematian berkali ganda di Sabah.

Mendadak naiknya jangkitan Covid-19 di Sabah kerana kecuaian Shafie, malangnya kecuaian tersebut dipertahankan oleh Peguam Besar Negeri Sabah lantikan Shafie.

Bagi kerajaan negeri, ada lah sukar, menaruh harap kepada peguam yang mana sebelum ini, sebahagian daripada kerajaan yang dilawan. 

Di mata rakyat, mempertahankan seseorang yang mewakili pihak lawan, lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Kerajaan kena ingat, kata peribahasa- musang berbulu ayam.

2 comments:

Unknown said...

Tak salahkan musa aman ke

Romarza said...

Kalau ikut rule of law masih ok. Tetapi jika sebaliknya dan bias itu yang jadi masaalah.

Blog Archive