Tuesday, November 24, 2020

BAJET 2021-NASIB 32 JUTA RAKYAT DITENTUKAN PADA KHAMIS

ADA dua kemungkinan berlaku, BAJET 2021 dilulus atau ditolak.

DILULUS, jika syarat yang diutarakan Pengerusi Penyokong BN – Datuk Seri Najib Razak dipenuhi, iaitu pengeluaran maksimum RM10 ribu akaun 1 KWSP, tanpa syarat, dan pelanjutan moratorium bank secara automatik sehingga Mac,2021. 

Selain itu, permintaan MP Gua Musang-Tengku Razalegh Hamzah, sebelum undi belah bahagi terhadap Bajet tersebut, didahulukan dengan UNDI PERCAYA terhadap kerajaan. 

Mengapa dua syarat tersebut timbul? Sebabnya, mereka tahu bahawa KERAJAAN tidak mempunyai kerusi yang mencukupi untuk menyokong. Dua atau tiga MP UMNO menolak atau berkecuali, maka kerajaan akan gagal mendapat undi majoriti. 

Kedudukan atas kertas jumlah MP yang menyokong Kerajaan PN adalah 112, daripada 220. Jangan lupa, para MP yang mempunyai hasrat menggagalkan Bajet tersebut adalah daripada MP UMNO yang tidak berjawatan dalam kerajaan. 

Faktor yang mempengaruhi mereka itu, lebih kepada isu hubungan antara parti, iaitu UMNO dan BERSATU. Kerana masalah hubungan tersebut, maka mengatasi KEPERLUAN 32juta rakyat negara ini yang mengharapkan BAJET 2021 untuk membantu, khususnya dalam pandemik covid-19 dan kelesuan ekonomi. 

Penulis teringat semasa pemecatan Tan Sri Muhiyiddin Yassin daripada UMNO tahun 2016, kononnya atas kehendak akar umbi yang diterjemahkan menerusi KETUA-KETUA BAHAGIAN. Pada masa itu, ketua-ketua bahagian, sayap-sayap parti menggunakan pendekatan WE LOVE PM, untuk menggambarkan, pemecatan Muhiyiddin TIDAK berimpak. 

Pada keadaan sekarang, fenomena yang sama berlaku, kononnya, syarat-syarat yang dikemukan Najib adalah kehendak rakyat, maka, wajar bagi kerajaan akur, jika tidak, maka wajar, bajet ditolak, tanpa memikirkan impak tindakan tersebut. 

Tidak dinafikan, ramai rakyat yang bersetuju dua syarat yang diminta Najib, tetapi BUKAN lesen untuk menolak BAJET. Dua syarat itu, bukan kandungan BAJET, akan tetapi isu PENTADBIRAN. 

Urusan PENTADBIRAN perlu dipisahkan dengan URUSAN BAJET, sepatutnya itu lah PENDEKATAN molek, yang perlu dipilih, BUKANNYA meletakan keperluan RAKYAT dalam kedudukan TIDAK MENENTU. 

Dalam senario sekarang, sepatutnya semua wakil rakyat mendahulukan KEPENTINGAN RAKYAT, BUKANNYA, kepentingan PARTISAN.

No comments:

Blog Archive