Monday, November 23, 2020

KECUAIAN ANGGOTA ATB PANTAI TIMUR SABAH: DATUK RAMLEE DIBAYAR GANTI RUGI TELADAN

MAHKAMAH Seksyen Tawau, Sabah pada 20 November, 2020 telah memerintahkan dua anggota Angkatan Tindakan Bersama (ATB) Pantai Timur Sabah membayar GANTI RUGI TELADAN Kepada Mantan ADUN Bugaya dan Mantan Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah-Datuk Ramlee Marahaban, kerana KECUAIAN pada April, 2019.

Bentuk kecuaian tersebut, apabila MENAHAN mantan wakil rakyat tersebut di perairan Semporna dan didakwa sebagai penjenayah RENTAS SEMPADAN sedangkan pada masa itu Datuk Ramlee sedang MENJUJU PULAU MATAKING kerana melawat projek pelancongan milik beliau di pulau tersebut.

Akibat tindakan CUAI dan gopoh tersebut, maka NAMA mantan ADUN dua penggal bagi DUN Bogaya tersebut, digambarkan sebagai BURUK, apabila disiarkan oleh berbagai media cetak, termasuk media arus perdana seperti TV3.

Menerusi penghakiman Mahkamah, selain dua anggota ATB tersebut perlu membayar kos guaman, juga kuantum ganti rugi teladan akan ditentukan oleh mahkamah pada 6 Disember, 2020.

Keputusan mahkamah tersebut, adalah satu pengajaran atau mercu tanda, bahawa hak-hak rakyat dalam perlembagaan dan undang-undang di negara ini, terperlihara, dan TIDAK boleh dicabuli oleh mana-mana pihak, termasuk lah di kawasan di mana dikuat kuasakan undang -undang seperti ESSZONE.

Keputusan mahkamah itu juga menunjukkan, tiada kuasa melampui hak-hak rakyat, jika berlaku kecuaian atau salah guna kuasa, seperti mana tindakan dua anggota ATB pada 11 April, 2019, iaitu Sarjen Salleh bin Zakaria dan Major Nizam bin Sazali.

Sebenarnya asas kepada saman tersebut, adalah kenyataan Akhbar oleh Mantan Panglima tersebut yang mendakwa bahawa Datuk Ramlee bersama anak dan 3 anak saudara beliau merupakan penganas rentas sempadan yang berjaya ditangkap oleh ATB2 di Peraian Pulau Mataking bersama senjata di pagi hari 11 April,2019. 

Kerana kenyataan akhbar mantan panglima itu, surat khabar arus perdana menjadikannya laporan muka depan akhbar mereka, manakala TV3 mula menyiarkan kenyataan akhbar tersebut bersama-sama gambar mantan wakil rakyat tersebut, pada masa prime time. 

Kenyataan mantan Panglima ATB2 yang berbunyi berjaya memintas, menahan 5 lelaki penjenayah rentas sempadan daripada Filipina bersama-sama senjata. 

Pada hakikatnya kejadian tersebut sebenarnya telah diselesaikan di Jeti Marin Semporna pegawai yang mewakili OCPD Semporna, Peter Anak Umbuas dan pegawai pelesenan senjata api sebagai salah faham, pada pagi itu juga, dengan fakta kejadian, tiada penangkapan, tiada penahanan, tiada rampasan senjata, melainkan hanya pemeriksaan biasa oleh ATB2. 

Tetapi malangnya, walaupun kejadian itu merupakan pemeriksaan biasa dan salah faham, mantan Panglima ATB2 membuat kenyataan akhbar yang bercanggah dengan keadaan sebenar. 

Menerusi kenyataan yang bercanggah dengan fakta sebenar, Ramlee merasakan bukan sahaja difitnah malah telah memalitkan imej buruk bukan sahaja kepada beliau malah keluarga beliau. 

Walaupun kenyataan akhbar mantan panglima tersebut berlaku pada petang 11 April dan disiarkan secara meluas oleh media berkenaan, kemudian dibetulkan oleh OCPD semporna menerusi kenyataan akhbar, malangnya mantan Panglima ATB2 tersebut, tidak memperbetulkan kenyataan akhbar beliau. 

Pada 12 April, 2019-Datuk Ramlee telah membuat satu laporan polis berkaitan kenyataan akhbar mantan Panglima tersebut, dan seterusnya meminta panglima itu menarik balik kenyataan tersebut dalam tempoh 14 hari selain memohon maaf, namun ianya tidak berlaku. 

Oleh kerana tindakan Panglima tersebut seolah-olah tidak bersalah, maka Ramlee telah mefailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan Makkamah Seksyen Tawau menerusi Tetuan Marcel Jude Joseph di Mahkamah Kota Kinabalu. 

Berhubung keputusan mahkamah Seksyen Tawau yang memberikan beliau ganti rugi teladan, setidak-tidaknya nama beliau yang dicalar dengan sengaja tersebut, tidak TERMASUK dalam PENJENAYAH.

Sebagai seseorang yang biasa masuk ke Amerika atau Eropa, maka jika “status” beliau tidak dijernihkan, maka tidak mustahil beliau berdepan dengan status sebagai penjenayah, apa tah lagi, penjenayah rentas sempadan di Pantai Timur Sabah sudah menjadi perhatian dunia, termasuk Amerika. 

Saman terhadap individu yang dilakukan, adalah satu pengajaran kepada mana-mana fihak yang mempunyai kedudukan jangan cuba menyalahgunakan kedudukan hanya untuk mendapatkan nama termasuk memfitnah dan mengkambinghitamkan rakyat. Manakala saman terhadap media arus perdana adalah pengajaran kepada media-media berkenaan agar membuat laporan berasaskan fakta sahih dan betul, bukannya membuat laporan sensasi hanya untuk melariskan jualan atau menarik ramai penonton. 

Ramlee membuat kesimpulan apabila pada 12 April menerusi laporan polis yang membutirkan fakta sebenar, dan kemudian meminta pihak yang disaman untuk menarik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari tidak mendapat reaksi, maka beliau menyimpulkan bahawa kenyataan Mantan Panglima ATB2 itu bukan lah cuai, akan tetapi mempunyai niat jahat untuk membunuh masa depan beliau, baik sebagai ahli politik mahupun ahli perniagaan. 

Kawasan Pantai Timur Sabah sehingga kini, masih berlaku perintah berkurung daripada pukul 6 petang sehingga pukul 6 pagi. Kawasan tersebut dikawal menerusi ESSCOM dan ATB2 dengan berbagai aset termasuk radar canggih, namun berjaya juga dibolosi penjanyah rentas sempadan. Mungkin disebabkan ramai yang memperkatakan kurang berkesannya operasi di Pantai Timur Sabah meskipun dilengkapi dengan berbagai aset, maka kenyataan angkuh berjaya memintas penjenyah rentas sempadan, menangkap dan merampas senjata, menunjukkan bahawa operasi ATB2 sangat berkesan, namun sebaliknya, para individu yang berjaya dipintas dan ditahan adalah Datuk Ramlee yang awal-awal lagi telah memberitahu butiran keberadaannya di kawasan Pulau Mataking kepada POSKO ESSCOM Pulau Mataking dan OCPD Semporna pada hari kejadian. 

Ramlee bukanlah asing bagi kawasan Pulau Mataking, kerana beliau mempunyai tanah berdekatan dengan POSKO ESSCOM di pulau itu, malah beliau sedang membina chalet-chalet peranginan di tanah beliau di Pulau tersebut.

No comments:

Blog Archive