Saturday, November 21, 2020

KLUSTER COVID-19 PRN SABAH-KERANA KECUAIAN SHAFIE

KALAU pesalah jalan raya kerana kecuaian boleh dihukum, boleh kah kerana kecuaian Shafie, yang menyebabkan KLUSTER COVID-19 PRN SABAH boleh dihukum? 

Sehingga kini, Kerajaan Sabah hari ini masih mengekalkan, Penguam Besar Negeri yang membantu Shafie menyebabkan jangkitan covid-19 mencanak naik. 

Untuk rekod, angka tidak pernah berbohong. Pada 25 September, 2020 jumlah positif covid-19 bagi Sabah adalah 1,483, jumlah itu meningkat ke angka 25,441 pada 20 November, 2020 dengan pertambahan 23,958 tidak termasuk yang mendapatkan jangkitan di Sabah tetapi di rekodkan di negeri-negeri lain. 

Kurang 2 bulan, jumlah positif Covid-19 meningkat 1,615.51% dan seterusnya jumlah tersebut merupakan 48.33% daripada keseluruhan jangkitan di rekodkan dalam negara (52,638 setakat 20 November,2020). 

Melihat pada jumlah jangkitan, ada lah jelas, ianya merupakan impak kepada PRN ke-16 Sabah yang diadakan pada 26 September, 2020. 

Akibat kepada gelombang jangkitan, maka kerajaan terpaksa mengeluarkan dana yang cukup besar sebagai bantuan kemanusian. Selain itu impak kepada ekonomi tersangat besar. 

Tersangat jelas, kluster covid-19 PRN Sabah, kerana kecuaian seorang pemimpin yang degil. 

Betul, nasi sudah menjadi bubur. Kerajaan hari ini terpaksa memikul beban yang amat besar dan tiada pilihan selain menyelematkan rakyat dan juga ekonomi. 

Tetapi, apa yang malang, pemimpin Warisan dan penyokongnya, termasuk Shafie sendiri, langsung tidak merasa bersalah. 

Malah penyokong Shafie masih menganggungkan pemimpin mereka itu, sehingga menjadikan kepetahan SHAFIE bercakap, kononnya menggambarkan sebagai pemimpin, hebat, mereka tidak sedar, Shafie hanya sebagai pemimpin TIN KOSONG. 

Sudah lah ekonomi Sabah merudum semasa era Shafie, mewariskan pula JANGKITAN COVID-19!!!.

No comments:

Blog Archive