Thursday, November 19, 2020

25 NOVEMBER, 2020: BAJET 2021-LULUS ATAU SEBALIKNYA

25 November ini, Bajet 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul dijangka akan diundi buat kali pertama di Parlimen.

Mata rakyat akan tertumpu di parlimen pada masa itu. 

Jika Bajet 2021 diluluskan, maka SELAMAT lah kerajaan Perikatan Nasional, jika sebaliknya, maka secara teknikal, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin kehilangan sokongan majoriti.

Jika itu berlaku, MAKA perlu ADA usul PERCAYA pada kerajaan. Jika Kerajaan masih ada sokongan majoriti, maka akan kekal lah KERAJAAN, jika sebaliknya, maka Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan atau nasihatkan SPBA bubar parlimen. 

Jika parlimen bubar, maka perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari. Memandangkan, pandemik covid-19, maka tidak kondusif untuk mengadakan piihan raya. Kerana keadaan tersebut, maka perlu istihar darurat, agar PRU dapat ditangguh.

Nampaknya, ketidak tentuan yang sedang dihadapi negara, sehingga 25 November, menyebabkan rakyat risau, khususnya rakyat yang RENTAN, kerana impak PANDEMIK COVID-19.

Rakyat negara ini sudah mendapat kesan sejak pertukaran kerajaan pada Mei, 2018. Pandemk Covid-19 ada lah kesan berganda yang dihadapi rakyat. Pun demikian, masih ada pemimpin politik TEGA menambah keresahan rakyat, ibarat kata pepatah, sudah lah luka, di sapu dengan garam lagi.

No comments:

Blog Archive