Monday, November 30, 2020

MUAFAKAT NASIONAL-HANYA DALAM PEMAHAMAN

PIAGAM antara UMNO dan PAS yang dijabarkan menerusi Muafakat Nasional (MN) tidak akan menjadi sebuah parti, melainkan hanya kekal dalam pemahaman.

UMNO sebelum ini, mencadangkan agar MN didaftarkan sebagai sebuah parti, dan pendirian itu ditegaskan sebagai pra-syarat sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Memandangkan PN sudah sah sebagai sebuah parti, dan Pas merupakan parti komponen selain Bersatu, STAR dan SAPP, maka adalah mustahil untuk menjadikan MN sebagai parti yang sah yang berdaftar dengan ROS. 

Sebelum ini, penulis tersalah anggap, bahawa PAS merupakan parti anak bulan, kerana boleh memilih LOGO MN atau PN dalam PRU-15 akan datang. 

Oleh kerana kekangan mendaftarkan MN, maka muafakat itu kekal sebagai persefahaman politik, antara UMNO dan Pas, malah dengan Bersatu. 

Pada PRU-15 akan datang Bersatu menggunakan LOGO PN, manakala UMNO logo BN, dan PAS berkemungkinan menggunakan LOGO PN, walaupun parti itu belum membuat sebarang kenyataan mengenainya. 

Bagi Bersatu, Umno dan Pas, yang paling mustahak dan penting, tidak akan bertembung antara satu sama lain, kerana keadah itu lah yang menjadi kekuatan tiga parti tersebut. 

Apa yang paling apdal antara tiga parti tersebut, adalah pengagihan kerusi. 

Pada PRN-16 Sabah, di atas kertas, agihan kerusi antara UMNO dan Bersatu, cukup baik, walaupun UMNO dikatakan berkecil hati, kerana dalam pelaksanaan, calonparti itu terpaksa bertembung dengan calon “proksi” Bersatu yang bertanding atas tikit bebas. 

Pada PRN-16 Sabah, walaupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai PN,BN dan PBS, tetapi telah berlaku pertembungan di beberapa kawasan, sebagai strategi untuk menang. Namun kaedah tersebut, tidak terguna pakai pada PRU-15 akan datang khususnya di Semenanjung, jika berasaskan kepada keputusan PRU-14 lalu. 

Dalam senario politik sekarang, samada UMNO, Bersatu atau PAS, wajib bergerak sebagai satu pasukan, jika TIDAK, maka akan berulang keputusan sepertimana PRU-14. 

Hubungan antara tiga parti tersebut di peringkat Nasional mungkin akan diterjemahkan seperti mana GRS, dan MN adalah jawapannya. 

Jika MN diwujudkan sebagai pemahaman, maka Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menjadi anggotanya. Maka dalam MN itu, akan ada PN, BN dan GPS serta PBS. Kerajaan yang dibentuk pasca PRU-15, bukan lagi KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL, akan tetapi KERAJAAN MUAFAKAT NASIONAL. 

Pasca PR-15, calon Perdana Menteri akan ditentukan oleh gabungan parti-parti, seperti mana berlaku pada kerajaan GRS-Sabah, tidak lagi mengikut kaedah sebelum ini, bahawa parti yang mencalonkan Perdana Menteri. 

Penulis tidak jelas, apa kah UMNO bersedia dengan pendekatan baharu ini? Kerana sejak merdeka, parti itu sudah sinonim dengan jawatan Perdana Menteri, kecuali pada PRU-14, kerana kalah dalam pilihan raya. 

KETERSEDIAAN Umno itu, akan terlihat, pada PRU-15, MENERUSI jumlah kerusi yang bakal ditandingi. Sama-sama kita nantikan.

2 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Artikel BODOH!

Pastikan GABUNGAN MN PAS-UMNO - TAK lagi menjadi hanya KULI2 si Melayu LIBERAL paling TAMAK dlm. KERAJAAN PN (disyaki EJEN2 DALANG DUA MUKA rejim PENJAJAH PH Zionis-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR homo/DAP Parasit) - yg. telah memBUKTIkan depa ni adalah MUSUH2 Islam/Umatnya & seluruh bangsa BUMIPUTERA, spt. diDEDAHkan dlm. PENGGADAIAN Hak2 amat berharga ISLAM/UMATnya & bangsa BUMIPUTERA kita dlm. BELANJAWAN 2021, KHAZANAH & TABUNG HAJI!!

Di - https://malaysiagazette.com/2020/11/29/majlis-presiden-untuk-kukuhkan-kerajaan-pn-azmin/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Mananya kes Allahyarham Adib TAK diPEDULIkan - seolah rakyat BIASA spt. Allahyarham Adib, hanya spt. SEMUT yang menyusahkan KUASA POLITIK rasis, fasis, tamak & rakus!!

Tgk. juga MENTERI Melayu LIBERAL bekas PKR ni - tak payahlah kamu nak PUTAR BELIT!! Mmg. BERSATU ni yg. dah diDOMINASI si Melayu2 LIBERAL Pengkhianat tak guna (yg. disyaki EJEN2 rejim PENJAJAH Zionis PH-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR homo/DAP Parasit) - mmg. menDOMINASI akan PN !

Lepas tu si mamat ni nak PUTAR BELIT lagi psl. identiti "PRIBUMI" dgn. sewenangnya MENIPU dgn. memperGUNAkan ISLAM & UNDG2 PERLEMBAGAAN sewenangnya (apa kaitan identiti Pribumi dgn. Islam, kerana pd. umumnya, PRIBUMI ada yg ISLAM & BUKAN ISLAM pun) - sdgkan kalau dah buka KEAHLIAN pd. BUKAN BUMIPUTERA, yg. Islam atau Bukan Islam (tak lama lagi, jawatan2 tertinggi dlm. Bersatu), maka nama Parti " Pribumi" Bersatu ni mesti diTUKAR - bukan terus nak MENIPU ISLAM/UMATnya dan bangsa PRIBUMI kita, serta Undg2 Perlembagaan!!

Mmg. makin SEWEL si Melayu2 LIBERAL-spesis PKR homo-si PENJILAT hanyir DAP Parasit ZIONIS ni - yg. TAK habis2 nak mengHAPUSkan HAK/IDENTITI/SEJARAH/WARISAN bangsa PRIBUMI ( juga bermakna ORANG ASAL/BUMIPUTERA atau INDIGENOUS/NATIVE/ABORIGINE/FIRST NATION peoples) kita - yg. kesemuanya dirangkumi di bawah "KEDUDUKAN ISTIMEWA" dlm. UNDG2 PERLEMBAGAAN 153 kita!!

Lihat di - https://malaysiagazette.com/2020/11/29/gabungan-parti-melayu-tidak-timbul-isu-parti-mana-dominan-saifuddin/

Blog Archive