Sunday, November 29, 2020

BAJET 2021 LULUS-TAPI POLITIKING BELUM BERAKHIR

Senario pada pukul 3.30 petang 26 November, 2020 di Parlimen sebaik sahaja Menteri Kewangan menyelesaikan penggulungan, TIADA yang menyangka RUU Perbekalan 2021 begitu mudah diluluskan hanya berpandukan SUARA. 

Selepas Bajet tersebut diluluskan, Perdana Menteri dalam satu kenyataan, mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli parlimen yang menyokong, dan seterusnya menggambarkannya sebagai kemtangan politik, walaupun 13 MP cuba meminta undian belah bahagi, akan tetapi tidak memenuhi bilangan yang diperlukan. Untuk membolehkan undi belah bahagi diperlukan permintaan daripada 15 MP. 

Sejak Bajet 2021 dibentangkan pada 6 November, 2020 (bacaan kali pertama), bukan hanya andaian akan tetapi hampir pasti bahawa Bajet 2021 akan mencatat sejarah sebagai bajet yang kali pertama gagal dalam undian. 

Ini kerana bajet ini bukan sahaja ditolak oleh blok pembangkang tetapi juga dikenakan syarat ketat oleh Barisan Nasional (BN) yang berada dalam blok kerajaan. 

BN menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran one-off hingga RM10,000 daripada akaun satu KWSP selain melanjutkan moratorium sehingga Jun,2021. 

Dalam masa sama terdapat desas desus bahawa sekurang-kurangnya 6 MP BN akan mengundi menentang Bajet 2021 bagi maksud menjatuhkan pentadbiran Tan Sri Muhiyiddin Yassin. 

Apa pun yang berlaku, pada masa ini tidak lagi penting, kerana Bajet 2021 diperingkat dasar telahpun lulus. 

Apa yang dihadapi adalah diperingkat jawatan kuasa, iaitu melibatkan kementerian-kementerian. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memberi isyarat, Blok Kerajaan jangan dahulu meraikan kemenangan awal, kerana blok pembangkang masih boleh menolak bajet di peringkat jawatan kuasa. 

Akan berjaya kah Anwar? Sebagai pembuktian bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti MP, untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9? Memang setakat ini, tiada bukti bahawa Ketua Pembangkang tersebut mempunyai sokongan. Sebab itu ada yang menganggap, di saat-saat akhir, beliau meminta MP pembangkang untuk tidak menolak bajet tersebut, kerana khuatir akan terdedah belang, bahawa beliau TIADA sokongan. 

Setidak-tidaknya “sokongan terhadap beliau” masih “alive” dan menunggu sehingga bacaan kali ke-3 Bajet 2021, apa kah “sokongan” tersebut hanya mainan politik. Atau hanya berbentuk “gertak sambal”. Sama-sama kita nantikan kesudahannya.

No comments:

Blog Archive