Monday, November 30, 2020

GABUNGAN RAKYAT SABAH-WAJAR WUJUD MAJLIS PRESIDEN

MENGINGAT, tidak semua Ketua parti yang menjadi komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menganggotai kabinet negeri, maka wajar mengwujudkan majlis presiden untuk membincangkan atau mengambil pendekatan berkaitan isu-isu sensitif yang tidak kondusif dibincangkan dalam kumpulan besar.

Kewujudn majlis tersebut lebih memperkukuh hubungan antara komponen parti, memandangkan GRS hanya berbentuk persefahaman longgar yang tidak didaftar secara rasmi.

GRS diumumkan pada 12 September,2020 semasa penamaan calon PRN-16 Sabah. Gabungan tidak rasmi tersebut mencatit sejarah bukan sahaja di Malaysia malah dunia, yang menjadi gabungan parti-parti tersingat yang menang dalam pilihan raya.

Atas sebab status GRS yang hanya berbentuk hubungan longgar, ada penganalisis politik Sabah yang pro Parti Warisan meramalkan gabungan itu akan sukar mengekalkan gabungannya selepas kemenangan tipis pada PRN Sabah.

Pada PRN-16 Sabah, gabungan tersebut menang 38 kerusi daripada 73 kawasan DUN yang dipertandingkan, manakala Warisan Plus-32, bebas mesra PN 3.

GRS terdiri daripada PN, BN dan PBS. 

Selepas 60 hari pembentukan kerajaan GRS, nampaknya kerajaan semakin kukuh, jika dilihat hubungan antara parti-parti, seperti mana ditunjukkan menerusi SIDANG DUN Sabah pada 16 November,2020.

Blog Archive