Wednesday, November 04, 2020

BAKUL MAKANAN ANTARA TANGGUNGJAWAB DAN KEKANGAN

PENULIS terbaca, Ketua Menteri Sabah "memberi amaran" berkaitan kelambatan agihan BAKUL MAKANAN.

Hakikatnya, memang berlaku kelambatan agihan bakul makanan, di beberapa kawasan, dikatakan berpunca daripada senarai penerima, selain logistik.

Jika kekangan logistik, memang tidak boleh dielak,kerana memang lah keadaan tersebut merupakan masalah utama di Sabah.

Namun jika masalah senarai, hanya merupakan isu pentadbiran dan pengurusan. Ianya mudah diselesaikan, kerana siapa-siapa sahaja penduduk yang termasuk dalam kategori dikurantin, atau kelompok sasar pasti dapat bekalan bakul makanan. Ertinya, tidak timbul apa kah mereka yang terjejas tersebut tersenarai dalam e-kasih, seperti mana amalan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Daerah semasa pemerintahan Warisan Plus.

Semasa kerajaan GRS ini,agihan bakul makanan diserahkan kepada Jawatan Kuasa Bencana yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Tujuan dan matlamatnya, agar bantuan kerajaan tersebut TIDAK dipolitikkan. Apabila bantuan tidak berunsur politik, maka setiap rakyat yang terjejas akan dihulurkan bantuan.

Kerana bantuan tiada unsur politik, maka tidak timbul unsur pilih kasih, seperti mana tular di media sosial oleh para penyokong Warisan.

Memang dirasakan oleh jabatan-jabatan yang ditugaskan mengagihkan makanan, bahawa tugasan tersebut merupakan tugasan tambahan, dan ada yang merasakan ianya satu bebanan, walaupun ini mereka juga terlibat, tetapi terhad kepada pengurusan atau pentadbiran, tidak lah sampai ke lapangan, kerana pada kebiasannya tugasan di lapangan dilaksanakan oeh pemimpin politik atau kakitangan lantikkan politik seperti PPM, MPKK.

Berasaskan kejadian pada masa Kerajaan Warisan, berlaku rungutan yang luar biasa banyaknya, kerana bantuan bakul makanan atau wang tunai, mendahulukan penyokong dan ahli parti yang memerintah. Mengambil iktibar rungutan itu, maka Kerajaan GRS yang diterajui Datuk Hajiji Haji Noor menyerahkan urusan dan agihan bakul makanan kepada pihak kakitangan kerajaan, supaya TIDAK berlaku bantuan kemanusiaan tersebut dipolitikkan.

Atas sebab perubahan tersebut, maka timbul isu logistik, yang dikatakan penyebab utama kelambatan agihan. 

Agihan bantuan, bukan sahaja melibatkan bakul makanan yang memerlukan tenaga manusia, masa dan kawasan yang luas, maka aghihan tunai BPN juga mengalami kelambatan khususnya pengeluaran tunai menerusi BSN, kerana faktor SOP yang menghadkan hanya melayan 150 orang sehari, sehinggakan penerima terpaksa membuat temu janji, dan ramai yang terpaksa menunggu 14 hari.

Memang dalam keadaan ABNORMAL ini, semua pihak, terpaksa menerima keadaan, tidak seperti dahulu lagi. KESBARAN sangat dituntut.

No comments:

Blog Archive