Monday, November 02, 2020

APABILA MANUSIA DIRASUK SYAITAN

DUA gadis remaja, dibunuh tanpa sebab. Seorang pelajar Malaysia asal Sarawak dibunuh di Taiwan pada 28 Oktober dan seorang lagi di bunuh di Terengganu, semalam (1 November).

Apa yang menyedihkan, dua-dua remaja tersebut, tidak berdosa. Seorang sedang menuntut ilmu dan seorang lagi menjaga ibu yang terlantar sakit kerana kanser otak. 

Dalam keadaan negara sedang dilanda pandemik covid-19 dan kelesuan ekonomi, ada juga manusia-manusia dirasuk syaitan mengambil peluang. 

Bukan itu sahaja, dalam keadaan genting, rakyat negara ini menghadapi karenah politik oleh ahli-ahli politik, sehingga menambah lagi kecelauran. 

Ahli politik yang diharapkan rakyat untuk membela, tetapi, bertindak tidak (bukan semua) seperti mana diharapkan. Mereka berlumba-lumba bagai mana memenuhi nafsu masing-masing. 

Beza mereka dengan manusia yang dirasuk syaitan,yang mengambil nyawa mangsa dalam masa singkat, tetapi cara ahli politik mengambil nyawa rakyat, cukup menyakitkan, kerana rasa sakit itu dirasakan berpanjangan dan sungguh menyeksakan. 

Bagi mangsa yang mati dalam masa singkat, kesakitan hanya sekejap, tetapi rakyat yang terseksa kerana permainan ahli politik, terpaksa menanggung derita, entah bila kesudahannya. 

Di lain pihak pula, pembangkang dan penyokongnya, tidak henti-henti memutar belit fakta, menabur fitnah, menukar yang baik kepada yang buruk. 

Ada lah dimengerti, pembangkang tidak akan menyokong usaha atau tindakan kerajaan, memang wajar, kerana demikian lah fitrah pembangkang. Namun, bukan itu yang mereka lakukan, mereka bukan bertindak sebagai pembangkang, tetapi sebagai pemitnah. Nawaitu mereka, tidak lagi berprinsip kebenaran atau fakta, sebaliknya, berpaksi kepada sesuatu yang tidak nyata, berpaksi kepada unsur yang boleh menimbulkan kebencian. 

Kenyataan jurucakap Covid-19 Negeri Sabah- Datuk Masidi Manjun, berkaitan bantuan sukarela daripada mana-mana pihak supaya terus disalurkan kepada Jawatankuasa bencana negeri, disalah erti, sedangkan tujuan permintaan tersebut, supaya mempersempit jangkitan covid-19, kerana jangkitan virus tersebut tidak mengenal siapa. 

Jangkitan Covid-19 Sabah berpunca kepada ketidak patuhan kepada SOP, setidak-tidaknya itu lah yang dikenal pasti, dan mendasari maksud permintaan, agar sebarang bantuan sukarela diatur oleh pihak yang diberikan tanggungjawab. 

Kerajaan langsung tiada niat mengenepikan sumbangan daripada sukarelawan, tiada niat menumpang nama, kerana dalam menghadapi musuh yang tidak dapat dilihat ini, memerlukan kooridinasi yang jitu dan ABNORMAL. Situasi yang abnormal perlu dilawan dengan cara yang sama.

No comments:

Blog Archive