Thursday, November 26, 2020

BAJET 2021 LULUS-HANYA TUN DAN 12 MP MENOLAK

BAJET 2021 diluluskan TANPA undi, walaupun 13 MP daripada Amanah dan Pejuang cuba mempengaruhi MP lain untuk menolak.

Dengan kelulusan Bajet 2021, membawa pengertian, bahawa secara TERSIRAT majoriti MP menyokong mandat yang diberikan kepada kerajaan PN yang diketuai oleh Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Apa yang malang, 13 MP yang cuba menolak, terdiri daripada MP melayu, sedangkan majoriti rakyat negara ini adalah melayu dan bumiputera yang amat terkesan dengan pandemik covid-19 dan kelesuan ekonomi.

Tidak keterlaluan, jika ada rakyat yang mempersoalkan NAWAITU mereka itu, apa kah bentuk perjuangan mereka? 

Sepatutnya, di kala rakyat memperlukan pembelaan, mereka ini perlu bertindak untuk menyokong apa sahaja bentuk bantuan kepada rakyat, termasuk lah bajet. Namun, mereka bertindak sebaliknya, dengan demikian, boleh disimpulkan, bahawa perjuangan mereka bukan lah untuk rakyat, akan tetapi mempergunakan rakyat demi kepentingan dan kedudukan peribadi.

Di kala, sebahagian besar MP termasuk daripada PKR, DAP dan Warisan menunjukkan kematangan politik, Amanah dan Pejuang, menunjukkan dan mendedahkan kepada rakyat sifat sebenar mereka.

Rakyat yang pernah menyokong mereka ini, perlu mempertimbangkan semula sokongan mereka, kerana jelas, nawaitu para pemimpin ini bukan lah untuk rakyat.

Nota: para MP yang menolak Bajet-Langkawi; Jerlun; Pokok Sena; Shah Alam; Sepang; Kota Raja; Parit Buntar; Lumut; Temerloh; Kuala Selangor; Hulu Langat; Tampin dan Pulai.

No comments:

Blog Archive