Thursday, November 26, 2020

LULUS BAJET 2021- SECARA UMUM-MP TUNJUK KEMATANGAN POLITIK

WALAUPUN 13 MP yang diketuai MP Pokok Sena- Mahfuz Omar cuba “mempolitikkan” bajet dengan meminta undi belah bahagi, niat itu tidak kesampaian, kerana sebahagian besar MP pembangkang TIDAK menyokong.

Mahfuz gagal mendapatkan sokongan 14 MP lain, sebagai syarat UNDI BELAH BAHAGI. 

Sejak pembentangan Bajet 2021 pada 6 November, 2020, berbagai polimik, spekulasi, politiking berjalan tanpa henti, namun mencapai ANTI KLIMAKS pada kira-kira PUKUL 3.30 petang Khamis di Parlimen, apabila BAJET 2021 diluluskan dengan KELEBIHAN SUARA. 

Bajet 2021 yang berjumlah RM322.54bilion, bajet terbesar yang pernah diluluskan di negara ini sejak merdeka, merupakan bajet yang diharap-harapkan oleh 32juta rakyat, bagi berhadapan Pandemik Covid-19 dan kelesuan ekonomi. 

Tahun depan, rakyat berharap, setiap sen yang terkandung dalam bajet tersebut mencapai matlamatnya. 

Sabah dan Sarawak menerima RM9.6bilion daripada Bajet tersebut untuk maksud pembangunan, tidak termasuk institif lain seperti bantuan kepada pesamaan harga barangan keperluan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 

Juga menerusi Bajet tersebut, pelaksanaan Pan Borneo di Sabah diteruskan.

No comments:

Blog Archive