Friday, November 27, 2020

AGENDA PEMBANGUNAN TUMPUAN KERAJAAN GRS

RAKYAT Sabah telah membuat keputusan pada PRN-16 Sabah untuk memberi mandat kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memerintah negeri.

Dalam tempoh masa 100 hari pemerintahan, mengisi berbagai jawatan sebagai sokongan kepada agenda pembangunan sedang rancak dilaksanakan.

Kerajaan GRS mempunyai cabaran yang amat besar dalam meneruskan agenda pembangunan, ekoran pandemik covid-19, selain kelesuan ekonomi sebagai implikasi kepada wabak tersebut.

Bukan sedikit wang kerajaan terpaksa dibelanjakan untuk tujuan kemanusiaan semasa pandemik covid-19. Perbelenjaan seumpama itu akan berterusan, selagi vaksin covid-19 belum diperolehi.

Resit penerimaan Sabah daripada sektor pelancongan sangat terjejas akibat pandemik covid-19. Sebagai impilkasinya, maka perolehan negeri juga merosot. 

Hakikatnya perekonomian Sabah menerima impak berganda, selain impak covid-19 juga menjunamnya perekonomian Sabah semasa pemerintahan Warisan Sabah yang diterajui Datuk Shafie Apdal.

Sebenarnya kerajaan Warisan mewarisi pertumbuhan ekonomi yang tinggi, simpanan kewangan sejumlah RM3.74bilion selain mewariskan wang tunai pada Yayasan Sabah sebanyak RM500juta.

Oleh kerana kerajaan Warisan TIADA halatuju yang jelas, ketidak mampuan memerintah dan mengurus perekonomian negeri, maka kadar KDNK negeri menjunam ke paras 1.5% dan 0.5% untuk tahun 2018 dan 2019, tanpa sebab nyata.

Untuk rekod, pandemik covid-19 hanya sampai di negara kita pada Januari, 2020, kerana pandemik tersebut bermula pada akhir Disember, 2019 di Wuhan, China.

Sebagai impak kepada rendahnya kadar KDNK, pandemik covid-19, maka serba sedikit akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi Sabah sekurang-kurangnya sehingga tahun 2022.

Sebagai langkah proaktif, supaya pertumbuhan ekonomi tidak lesu sehingga tahun yang disebutkan, kerajaan negeri perlu mengambil pendekatan ABNORMAL dalam keadaan yang abnormal. Kemungkinan besar, pendekatan tersebut akan dicerminkan menerusi BAJET 2021 NEGERI yang akan dibentangkan pada 16 Disember,2020. Sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive