Sunday, October 25, 2020

TIGA SERANGKAI CUBA TUMBANGKAN KERAJAAN PN

KINI semakin jelas, bahawa yang mahu menumbangkan kerajaan PN, bukan sahaja Anwar, akan tetapi Zahid dan Kuli. Tindakan tiga serangkai ini, tidak dapat dielak, kerana jika rangkai pertama lepas, maka rangai ke dua, kemudian rangkai ke tiga.

Melihat senario, rangkai pertama yang diketuai Anwar, gagal, demikian juga yang dikemudi Zahid digagalkan sendiri oleh beliau apabila mengumumkan gencatan senjata politik, tetapi KULI? Jika KULI seorang yang tidak sokong PN, maka berbaki 112, ngam-ngam kata sling Sabah. Pemimpin politik seperti KULI, tidak akan bertindak, jika hanya SOLO. 

Gerakan Anwar jelas, beliau mahu menjadi Perdana Menteri, tetapi bagi ZahidI membuka jalan untuk PRU-15, tapi KULI??? Apa kah hanya suka-suka??? Atau jika PM menyerahkan kepada SPBA membuat keputusan, maka KULI bakal dilantik PM sehingga suatu masa yang tidak pasti, atau sehingga pandemik covid-19 reda, dalam erti kata vaksin sudah tersedia. 

Kalau ikutkan Tan Sri Annuar, sekarang pun beliau adakan PRU, tetapi keadaan tidak memungkinkan, apabila melihat impak PRN Sabah yang menyebabkan jangkitan dan kematian akibat covid-19 mendadak naik. 

Malaysia belum sampai ke tahap Singapura atau New Zealand yang berjaya mengadakan pilihan raya, tanpa menyebabkan kluster pilihan raya. Malaysia lain, kerana masih adanya tahap kesadaran yang tidak seimbang, antara yang patuh SOP dan yang tidak. 

Liihat PRN Sabah, semua peringkat terjangkit, termasuk para pemimpin, malah ada pemimpin yang terkorban. 

Di mata rakyat, kerajaan PN sudah berjalan dengan baik, walaupun kurang tegas, apabila berhadapan dengan kedegilan Shafie Apdal. 

Bagi penulis, tiada sebab untuk menumbangkan kerajaan PN, dan juga tiada sebab menggantikan TSMY. Tindakan kerajaan yang beliau terajui cukup elok dan diterima rakyat, kecuali pemimpin politik. 

Pemimpin politik, yang berpendirian seperti Shafie, mana penduli soal rakyat. Bagi mereka rakyat itu hanya barang mainan. 

Terserah kepada titah SPBA, namun, penulis yakin, Baginda, melihat dan merasakan, tindakan dan hasil kerja kerajaan PN yang diterajui TSMY selama 7 bulan, patut diteruskan dan tidak patut dihentikan separuh jalan. Masa sekarang, bukan masa bereksperimen, semua pihak kesuntukan masa melawan pandemik covid-19 dan kelesuan ekonomi.

No comments:

Blog Archive