Saturday, October 24, 2020

DARURAT-KERAJAAN LEBIH FOKUS

KEUTAMAAN sekarang, adalah sebuah kerajaan yang stabil agar dapat fokus menangani isu kesihatan serta ekonomi.

Ada yang bimbang, kononnya, darurat akan berimpak pada ekonomi. Impak itu memang ada, hanya berkisar pada pelaburan langsung asing, tetapi tidak pada ekonomi domestik. Ekonomi domestik akan lebih lancar. Ekonomi negara dalam keadaan resesi ekonomi dunia sekarang, sangat bergantung kepada ekonomi domestik. 

Istihar keadaan darurat bukan sesuatu yang janggal bagi negara, kerana keadaan seumpama itu sudah berlaku dua kali sebelum ini, 1969-1971 dan 1948-1960. 

Semasa darurat, aktiviti rakyat, sektor ekonomi, pentadbiran, berjalan seperti biasa, hanya yang berubah, fungsi ahli politik. Semasa darurat, ugutan ahli politik dihentikan untuk sementara waktu, itu sahaja. 

Dalam keadaan darurat, PRK atau PRU dapat ditangguhkan, kerana hanya menerusi dahrurat sahaja ianya dapat dilakukan. 

Ambil contoh PRN-16 Sabah, kerana semua pihak menganggap PRN itu untuk melaksanakan demokrasi, dan supaya mereka yang mengadakan PRN tersebut kelihatan demokratik, maka rakyat yang sengsara. Memang di mata pembangkang yang mabuk sangat mengambil kuasa, darurat kononnya untuk menyelematkan Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan kerajaan beliau, sedangkan pada hakikatnya, bukan demikian. Darurat bertujuan untuk mengwujudkan keadaan stabil dalam negara, agar kerajaan fokus kepada dua isu yang melanda negara-ISU KESIHATAN DAN EKONOMI. Tak kan ini pun tidak difahami

No comments:

Blog Archive