Friday, October 23, 2020

PANDANGAN SALLEH BETUL

SUDAH lah rakyat marah atas TINDAKAN Datuk Shafie Apdal yang menjadi pemangkin kepada mencanak naiknya jumlah jangkitan covid-19 dalam negera, khasnya di Sabah, kemudian kemarahan itu bertambah lagi ekoran tindakan Dato Seri Anwar Ibrahim menghadap SPBA pada 13 Oktober, 2020 konon untuk mempersembahkan jumlah MP yang menyokong beliau untuk menubuhkan kerajaan, nasib baik pihak Istana dengan pantas memberi pencerahan, bahawa Ketua Pembangkang tersebut tidak menyertakan senarai nama, sebaliknya hanya menyebut jumlah MP. Pun demikian, Biro politik UMNO tidak dapat menterjemahkan kenyataan istana tersebut, sebaliknya membuat kenyataan pada malam itu juga selepas mesyuarat biro politik parti itu, bahawa parti itu akan mempertimbangkan menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional. 

Ekoran kenyataan itu, kemarahan rakyat memuncak, sehinggakan ADUN Usukan Kota Belud, Datuk Salleh Tun Said, membuat pengakuan, menerusi blog beliau, bahawa rakyat memangpun muak dan mual terhadap tindak tanduk pemimpin politik, khususnya wakil rakyat, kerana seolah-olah tiada masa lagi untuk berkhidmat, sebaliknya berpolitik sepanjang masa. 

Pengakuan Salleh tidak boleh disangkal, kerana sebagai pemimpin politik veteran, yang merasai pahit maung politik, mengatakan perkara yang benar dan sedang berlaku, yang mana temponya meningkat sejak pasca PRU-14. 

Penulis tidak pasti, menerusi kenyataan Salleh tersebut, apa kah punca yang menyebabkan Presiden Umno membuat kenyataan gencatan politik secara sepihak, dengan memberi alasan negara sedang berhadapan dengan pandemik covid-19 dan kemelestan ekonomi. 

Dalam perang, sepatutnya berlaku gencatan senjata dua belah pihak, agar tiada daripada pihak kedua-duanya melepaskan serangan atau tembakan. 

Dalam keadaan sekarang, hanya Umno mengistiharkan gencatan politik, tidak pada PKR atau para pemimpin Pakatan Harapan, malah naib presiden Amanah-Datuk Husam Musa, dengan jelas menyatakan menukar kerajaan dalam suasana covid-19 sedang melanda, bukan lah kekangan atau halangan. 

Mungkin, gencatan politik yang diistiharkan Zahid, mempunyai impak besar, kerana hanya UMNO untuk sementara waktu dapat mengubah kerajaan, walaupun parti-parti lain juga mempunyai peluang yang sama. 

Sokongan terhadap kerajaan PN hanya berjumlah 113. 3 MP sahaja berpaling tadah, maka tumbang lah kerajaan, namun jaminan telah diberikan oleh semua parti-parti selain UMNO yang menyokong PN akan kekal menyokong tanpa syarat. 

Penulis tidak pasti, punca apa kah yang menyebabkan Biro Politik Umno membuat kenyataan pada malam 13 Oktober, sedangkan kenyataan itu membawa pengertian, samada menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim yang bermakna juga menyokong DAP, atau kah mahu diadakan PRU-15 mengejut. 

Memandangkan UMNO sebelum ini sudah membuat pendirian, bahawa No to Anwar, No to DAP dan No To Tun Dr Mahathir, maka kenyataan pada malam 13 Oktober, jika benar-benar dilakukan, maka membuka jalan kepada PRU-15. Atau, atas budibicara SPBA, akan ada bentuk kerajaan lain, sehingga lah pandemik covid-19 reda dan pada masa yang sama ekonomi juga pulih. 

Bagi penulis, gencatan politik, benar-benar reda untuk sementara waktu, apabila pada 23 November, 2020 Bajet Negara bagi tahun 2021 diluluskan di Dewan Rakyat. 

Perbalahan politik yang ada sekarang ini dalam PN, ada lah antara Bersatu dan UMNO, selepas sengketa 60 tahun antara UMNO dan PAS berakhir selepas bersepakat menerusi Muafakat Nasional (MN), dan kini, MN bakal didaftarkan sebagai Parti secara rasmi. 

Persengketaan antara parti yang mempunyai DNA yang sama tersebut, ekoran, berhijrahnya 16 MP UMNO ke Bersatu selepas PRU-14. 

Perlu diketahui, walaupun berlakunya penghijrahan tersebut, tidak melibatkan tumbangnya sebarang kerajaan, samada 16 MP itu kekal atau tidak UMNO tetap sahaja sebagai pembangkang, sehingga 29 Februari, 2020. 

Bagi pendapat penulis, alang kah beruntungnya UMNO, kerana tindakan kawan-kawan yang berjumlah 16, menjadi pemangkin, menjadi kerajaan semula. 

Kadang kala, tindakan menjadi lilin bagi sejumlah kecil pemimpin itu perlu, untuk menyelamatkan kawan-kawan yang majoriti. Penulis melihat, bahawa tindakan 16 MP UMNO yang berhijrah tersebut, bagaikan lilin, bersedia membakar diri masing-masing. Malangnya, di kalangan pemimpin UMNO, menganggap, bahawa mereka yang berhijrah tersebut sebagai pengkhianat dan sebab itu, maka tiada masa depan dalam politik, termasuk akan kalah dalam pilihan raya, atau sebelum pun kalah, tidak terpilih sebagai calon untuk mempertahankan kerusi yang disandang. 

Semasa PRN ke-16 Sabah, mereka yang terkategori sebagai lilin tersebut, ramai yang tidak terpilih sebagai calon, malah terpaksa bertanding atas tikit bebas. 

Jika mengambil iktibar daripada PRN Sabah, jelas, rakyat menginginkan Bersatu dan Umno perlu bergerak sebagai sebuah entiti, atas sebab itu, berasaskan keputusan pilihan raya Sabah, antara dua parti itu, tiada yang boleh membentuk kerajaan secara solo, melainkan perlu bergabung. 

Benar pandangan Salleh, bahawa senario politik negara sekarang, TIADA lagi monopoli atau hegemoni, melainkan, parti-parti perlu bergabung.

No comments:

Blog Archive