Friday, October 23, 2020

SEBAB KERAJAAN SHAFIE DITUMBANGKAN

Tan Sri Musa tidak sanggup melihat di depan mata beliau sendiri, kemajuan ekonomi Sabah yang beliau bina selama 15 tahun, ranap sekelip mata. Cuba bayangkan, tiada sebab musabab, kadar KDNK Sabah pada tahun 2017 adalah 8.2%, kadar itu tertinggi di Malaysia, malah lebih jauh daripada Pertumbuhan KDNK negara 5.8%. Tetapi hanya dalam tempoh kurang setahun kadar itu menjunam ke paras 1.5% tahun 2018, tercorot dalam negara, kemudian tahun 2019 menjunam lagi pada kadar 0.5%. 

Dalam tempoh 27 bulan pemerintahan Shafie, tiada aktiviti ekonomi yang diperkenalkan, yang boleh membuka peluang pekerjaan, sehinggakan kadar pengangguran meningkat ke paras tertinggi, iaitu 117,000, dan didalamnya termasuk 34,000 graduan. 

Shafie juga menerusi Datuk Peter Anthony membelanjakan wang kerajaan untuk projek-projek yang diberikan kepada syarikat-syarikat atau kontraktor kroni beliau, sedangkan projek-projek itu tidak mendatangkan sebarang pulangan kepada kewangan negeri. 

Dalam tempoh pemerintahan Shafie, tanah-tanah kerajaan dibahagi-bahagikan tanpa perancangan untuk memberi pulangan kewangan kepada negeri, kerana menerusi pemberian geran secara persendirian, hanya menjadikan tanah-tanah tersebut tidak produktif. 

Geran komunal yang diperkenalkan, untuk tujuan menang-menang antara rakyat dan kerajaan dimansuhkan, sedangkan keadah itu, adalah menjadikan tanah-tanah tersebut produktif, dan pada masa yang sama rakyat boleh mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. 

Menerusi geran komunal, selain kerajaan mendapat hasil daripada cukai hasil tanaman, juga rakyat yang terlibat terjamin pendapatan mereka. Selain itu, menerusi kaedah tersebut, kemudahan asas yang diperlukan rakyat yang terlibat terjamin, kerana disediakan oleh kerajaan, sebagai asas untuk meningkatkan produktiviti. 

Membiarkan Shafie memerintah, akan menjadikan Sabah mundur semula, sedangkan selama 15 tahun menerusi HALATUJU yang dipekenalkan pada tahun 2003, dengan unjuran bahawa pada tahun 2025, Sabah lepas landas (take-off) sebagai negeri maju (Sarawak mengunjurkan menjadi negeri maju tahu 2030). 

Musa selama 27 bulan memerhatikan, mengikuti perkembangan pembangunan dan kemajuan Sabah, demikian juga 32 ADUN yang menyokong beliau untuk mengambil alih kerajaan pada 29 Julaim2020, berpendapat sama, membiarkan atau menyokong Shafie, akan menjadikan Sabah mundur, kadar kemiskinan meningkat, peluang pekerjaan kurang, dan jika dibiarkan, maka gejala sosial akan meningkat, seperti jenayah, dan aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah. 

Melihat semua itu berlaku didepan mata, mana ada pemimpin yang menghabiskan fikiran, tenaga dan masa selama 15 tahun, sanggup membiarkan. 

Atas pertimbangan tersebut lah, maka Musa bersama-sama 32 ADUN mahu mengambil alih kerajaan pada 29 Julai, 2020, namun Shafie tidak sanggup menyerahkan, dan membubarkan DUN Sabah untuk membuka laluan kepada PRN-16 Sabah ditengah-tengah pandemik Covid-19. 

Shafie terbukti ditolak rakyat, namun, kesannya RAKYAT SABAH yang sengsara. Shafie akan tercatit dalam sejarah Sabah, sebagai pemimpin yang degil, dan sanggup memperjudikan nyawa rakyat untuk mempertahankan hawa nafsu.

No comments:

Blog Archive