Thursday, October 22, 2020

PENYUSUNAN KABINET-APA YANG CUBA DITONJOLKAN?

SPEKULASI sangat kuat, bahawa kabinet Persekutuan akan distruktur bila-bila masa.

Penstrukuran itu memperkuat kerjasama antara Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan parti-parti daripada Sarawak.

Jika menjadi, maka, penstrukturan baharu tersebut, menunjukkan pendekatan yang dilakukan oleh Tan Sri Muhiyiddin Yassin berkonsepkan menang-menang.

Apa yang diharapkan menerusi penyusunan semula kabinet, maka “politiking” dinoktahkan, supaya mereka yang diberi tanggungjawab dapat menumpukan masa, tenaga dan fikiran menangani pandemik covid-19 dan pemulihan ekonomi.

Barisan kabinet yang bakal diumumkan bila-bila masa menunjukkan, susunan pemimpin parti-parti daripada tiga komponen. Jika mengikut falsafah lokomotif, maka sepatutnya, isu politiking dinoktahkan.

Dalam susunan kabinet baharu, memang ramai menteri digugurkan, baik daripada Umno mahupun Bersatu. Pengguguran tersebut, bukan bermakna, mereka itu gagal sebagai anggota jemaah menteri selepas 7 bulan dilantik, akan tetapi, parti-parti yang mereka anggotai mengambil keputusan, pemimpin yang mempunyai kedudukan dalam parti diberi peluang.

Tidak dapat dinafikan, susunan kabinet berasaskan kedudukan seseorang dalam parti yang mereka anggotai, perlu lah diambilkira dalam penyusunan kabinet. Perkara ini, terlepas pandang semasa awal pembentukan kabinet oleh Tan Sri Muhiyiddin pada Mac lalu.

Biasa lah, dalam keadaan mendesak, kadangkala, keputusan tersilap. Namun kesilapan tersebut, bukan kekal, ianya boleh diperbetulkan.

Pun demikian, penulis, masih bimbang, antara mereka yang digugurkan tersebut, baik daripada UMNO mahupun Bersatu, mempunyai halatuju masing-masing, yang boleh sahaja mengubah haluan masing-masing, yang boleh menyebabkan perubahan kerajaan.

Mereka itu, sanggup mengenepikan keadaan yang dihadapi rakyat dan negara, yang penting tindakan mereka boleh memuaskan nafsu mereka, menerusi pendekatan, kalah jadi abu, menang jadi arang. Mereka ini tahu, Datuk Seri Anwar, Lim Guan Eng, Datuk Shafie Apdal dan Mat Sabu menunggu mereka.

No comments:

Blog Archive