Wednesday, October 21, 2020

TAMBAH BANTUAN PRIHATIN UNTUK SABAH

SELURUH negara tahu, selepas PRN Sabah, jumlah jangkitan covid-19 mencanak naik. Kerana mendadaknya jangkitan itu, maka hampir seluruh kawasan negeri tersenarai sebagai zon merah.

Ada kawasan dikuatkuasakan PKPD, walaupun kawasan lain PKPB, yang membenarkan sektor penting beroperasi sehingga pukul 8 malam.

Hakikatnya, bukan tempoh masa PKPB yang dilihat, akan tetapi implikasinya. 

Akibat jangkitan covid-19, sektor yang ramai melibatkan rakyat mendapat pendapatan, sektor pelancongan terjejas teruk.

Selain itu, ekonomi Sabah yang menjunam semasa pemerintahan Warisan Plus selama 27 bulan, menyumbangkan kepada keadaan.

Rakyat Sabah pada umumnya memerlukan wang tunai, dalam keadaan genting ini, khususnya mereka yang berada dalam kumpulan B40 dan M40.

Jika dihitung-hitung, jumlah mereka yang termasuk dalam dua golongan tersebut sekitar 800,000, termasuk ketua keluarga dan mereka yang masih bujang.

Kalau diperinci lagi, sekitar 730,000 adalah yang mereka berkeluarga. Jika setiap keluarga ada 3 ahli keluarga, maka membabitkan 2.190,000 individu.

Kalau lah BANTUAN PRIHATIN NASIONAL diberikan lagi selain BPN2.0, sebanyak RM1000 setiap keluarga, ianya hanya membabitkan dana RM730juta, ya, katakan lumpsum RM800juta. 

Jumlah RM800juta, ini selain membantu di masa genting ini, ianya mempunyai impak berganda kepada perekonomian runcit. Juga, dengan adanya suntikan dana ini, rakyat tidak putus wang tunai.

Penulis yakin, bantuan TUNAI sangat efektif dalam membantu rakyat Sabah.

Kerajaan Sabah yang diterajui GRS, tidak perlu membuat permohonan kepada KERAJAAN Persekutuan berkaitan tambahan bantuan TUNAI ini, kerana pemimpin Pusat, jauh daripada maklum.

UMUMKAN sahaja, dan terus salurkan, berbanding kerja logistik yang menyukarkan mengatur BAKUL MAKANAN.

Blog Archive