Tuesday, October 20, 2020

AKSI 16 BUDAK NAKAL DAN KESUDAHANNYA

BERBAGAI tapsiran digunakan HANYA semata-mata memastikan TINDAKAN 16 budak nakal berjaya semasa sidang Dewan Rakyat yang bermula pada 2 November, 2020.

Target mereka hanya SEORANG-Tan Sri Muhiyiddin Yassin. Malah seorang daripada mereka itu, MENCADANGKAN urusan Kerajaan ditangguhkan, untuk memberi laluan kepada USUL TIDAK PERCAYA. 

Tercatit dalam SEJARAH negara dan mungkin dunia, seorang Perdana Menteri, dihujani USUL TIDAK PERCAYA, bukan seorang akan tetapi 16. 5 daripada Pejuang dan 11 daripada Amanah. Pejuang diketuai Tun Dr Mahathir, manakala Amanah diketuai Mat Sabu. 

Mungkin, jika MP Batu Sapi, masih ada, akan melengkapkan TINDAKAN budak-budak nakal tersebut. 

USUL TIDAK PERCAYA, menurut mereka TERSANGAT penting, untuk membuktikan SOKONGAN kepada kerajaan. Mereka ini, masih tidak YAKIN dengan SUSUNAN kerusi di Dewan Rakyat pada Mei, 2020 dan undian belah bahagi pada Julai, 2020, yang mana masing-masing menunjukkan sokongan kepada kerajaan yang berjumlah 113 dan 111. Jumlah 111, bukan kerana ada yang “cross the floor” akan tetapi tidak hadir kerana masalah lain, termasuk masalah kesihatan. 

TIDAK salah TINDAKAN 16 budak nakal ini, kerana MEREKA mendapat angin, pertama daripada salah seorang MP yang termasuk dalam 113, kedua adanya “acah” daripada Parti UMNO, dan ketiga, kerana gempaq Dato Seri Anwar Ibrahim. 

Tindakan 16 budak nakal ini, sama sekali, TIDAK menghiraukan, situasi yang dihadapi rakyat negara ini, selain ancaman nyawa juga ancaman ekonomi. 

Mereka ini, langsung tidak mempeduli, apa kah rakyat mati kerana covid-19 atau mati kebuluran, yang penting tindakan mereka boleh memuaskan hawa nafsu mereka. 

Budak suruhan mereka, Datuk Shafie Apdal sudah melaksanakan tindakan memperjudikan nyawa rakyat Sabah dengan mengadakan PRN ke-16 Sabah. Kini, sejak 20 September, 8 hari selepas penamaan calon, kes positif covid-19 di Sabah terus mencanak naik, kematian juga saban hari berlaku, malah kluster-kluster baharu bermunculan. 

Nasib baik KKM pada kali ini cukup bersedia, selain bantuan ubat dexamethasone yang berkesan terhadap jangkitan covid-19 dan radang paru-paru.

Pada Persidangan Parlimen bulan depan yang berbaki 11 hari lagi, akan tertumpu pada Speaker Dewan Rakyat, dan Menteri yang menjaga Undang-undang dan Parlimen. Kepada mereka lah terletaknya untung nasib kerajaan, juga untung nasib 32 juta rakyat Malaysia.

No comments:

Blog Archive