Monday, October 19, 2020

SHAFIE APDAL PUNCA JANGKITAN COVID-19 SABAH MENCANAK NAIK

RAKYAT Sabah khasnya dan Malaysia amnya, jangan sama sekali lari daripada fakta, bahawa penyebab jangkitan covid-19 Sabah mencanak naik kerana impak PRN ke-16 Sabah.

Mengapa PRN Sabah berlaku? Kerana Shafie membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai, 2020, kerana enggan menyerahkan kuasa selepas kehilangan sokongan majoriti ADUN Sabah. 

Shafie degil, mempertahankan bukan hak dia. Shafie merampas kuasa pada 12 Mei, 2018. Selepas yang berhak mendapat semula sokongan, tetapi yang merampas SANGGUP MATI berbanding menyerahkan semula hak tersebut. 

Berdepan kedegilan tersebut, pemimpin yang berhak (Tan Sri Musa Aman) menggunakan mahkamah mencabar kesahihan pembubaran, bertujuan supaya PRN tidak berlaku, kerana boleh mengancam nyawa rakyat. Namun, sanggahan dibuat oleh pihak Shafie terutama oleh para peguam beliau termasuk Peguam Besar Negeri Sabah, agar PRN diteruskan, kerana pembubaran DUN adalah kuasa TYT Sabah, dan Shafie mempergunakan kedudukan beliau dalam Perlembagaan Negeri. 

Musa bersama 32 ADUN sehingga 11 September, 2020 sehari sebelum penamaan calon yang ditetapkan SPR, masih merayu di Mahkamah Persekutuan, agar PRN Sabah ditangguhkan, kerana alasan yang sama, iaitu boleh menyebabkan peningkatan jangkitan covid-19 selain PRN itu tidak perlu, kerana penggal ke-15 DUN Sabah masih berbaki 3 tahun. 

Kini, apa yang menjadi ketakutan Musa dan 32 ADUN yang menyokong beliau menjadi kenyataan, jumlah jangkitan covid-19 di Sabah terus meningkat, malah kematian berlaku setiap hari kerana virus pembunuh tersebut. 

Malangnya, pihak Warisan dan PH, meletakkan kesalahan kepada Musa dan GRS, kononnya, kerana tamak kuasa, sedangkan PH sendiri mengangkat Shafie sebagai HERO sebaik sahaja membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai, 2020. 

Warisan dan PH semacam berpesta, kerana dapat mengadakan PRN, agar rakyat memilih mandat baharu. Mereka cukup yakin, rakyat Sabah akan memberikan mereka mandat, atas sebab itu, mereka dengan angkuh mengatakan, bahawa jangkitan covid-19 tidak akan berlaku, malah Naib Presiden Warisan Mohamadin Ketapi membuat dakwaan, bahawa jangkitan covid-19 hanya sandiwara, malah beliau cukup yakin bermula 27 September, 2020, pesakit yang dijangkiti covid-19 akan SIFAR. 

Shafie dengan ANGKUH, memperlekeh, Ketua Menteri Melaka, MB Johor, MB Perak dan MP Kedah yang meletakkan jawatan selepas kehilangan sokongan, dengan mengatakan PEMIMPIN WARISAN PLUS bukan seperti mereka itu, PEMIMPIN WARISAN PLUS sanggup MATI berbanding menyerahkan KUASA. Sedangkan TERSANGAT jelas, kuasa yang digenggam itu, BUKAN KUASA yang dirai, tetapi hasil daripada KERAJAAN PINTU BELAKANG. 

Kini, Shafie tercatit sebagai PEMIMPIN yang degil, PEMIMPIN yang sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat, TETAPI membuat PUSINGAN U, meletakkan kesalahan itu pada pihak lain, khususnya kepada Tan Sri Musa. 

Penulis YAKIN, jika Warisan Plus menang pada PRN yang lalu, MEREKA akan DIAM seribu bahasa, berkaitan peningkatan JANGKITAN COVID-19, dan mungkin menyalahkan PIHAK yang datang BERKEMPEN sebagai pembawa atau penyebar. 

Kepada RAKYAT Sabah, simpan betul-betul dalam diari MASING-MASING, penyebab UTAMA mencanaknya jumlah jangkitan COVID-19 di Sabah dan menular ke Semenanjung, Sarawak dan WP Labuan, hanya kerana DISEBABKAN oleh pemimpin DEGIL yang bernafsu besar, mempergunakan rakyat untuk mempertahankan kuasa.

No comments:

Blog Archive