Monday, October 19, 2020

PERANAN WAKIL RAKYAT DIZAMAN EDAN

OMONG kosong, pemimpin membela rakyat. Maaf tidak semua begitu. OMONG kosong wakil rakyat membela rakyat. Maaf juga tidak semua begitu. OMONG kosong pemimpin dan wakil rakyat berkhidmat untuk rakyat dan negara. Sekali lagi maaf, tidak semua demikian.

Sebenarnya, tiada seorangpun rakyat negara ini, tidak mampu memberi penilaian terhadap pemimpin dan wakil rakyat. Jangan salah anggap yaa, maksud pemimpin di disini, adalah pemimpin parti politik (sama sekali tidak merujuk kategori lain). 

Sistem bernegara, ada musim menentukan siapa yang patut memerintah atau mentadbir negara. Sebab itu adanya pilihan raya. Dan ditentukan, mana-mana pihak yang diberi mandat, perlu memerintah atau mentadbir negara selama sepenggal (sepenggal itu maksimum 5 tahun, ertinya boleh pendek daripada itu). 

Kalau ikutkan mekanisme tersebut, maka selepas pihak-pihak yang diberi mandat membentuk kerajaan, maka mula lah mereka itu memerintah atau mentadbir, membela pemegang taroh, iaitu rakyat, dan sudah tentunya negara. Ertinya, mereka MEMULAKAN perkhidmatan. 

Akan tetapi, mereka yang memulakan perkhidmatan itu, HANYA pada mereka yang sebahagian daripada KERAJAAN, sedangkan mereka yang bukan, MENGANGGAP mereka belum boleh berkhidmat, atas sebab bukan sebahagian daripada kerajaan. Persepsi ini lah YANG SAMA SEKALI SALAH, atas sebab WALAUPUN mereka itu, bukan sebahagian daripada KERAJAAN, tetapi PERKHIDMATAN mereka, SANGAT-SANGAT diperlukan dalam perkara-perkara SEMAK DAN IMBANG. 

Pengalaman dalam negara, bermula tahun 1987, apabila UMNO berpecah, para pemimpin atau wakil rakyat, macam TIADA masa lagi berkhidmat, sebaliknya PERJUANGAN mereka, bagai mana mempertahankan kedudukan. 

Dalam UMNO, diketengahkan POINT bagi seseorang pemimpin untuk dapat bertanding pada jawatan-jawatan tertentu. Semakin tinggi, sesuatu jawatan semakin banyak point diperlukan, dan jika tidak melepasi point yang ditentukan, maka dikategorikan tidak layak bertanding. 

Pendek kata, bermula pada masa itu lah, para pemimpin dan wakil rakyat di negara ini, sudah melupakan APA ITU berkhidmat pada rakyat dan negara. 

Selepas PRU-14, maka berlaku PERUBAHAN politik dalam negara, apabila UMNO kehilangan kuasa, walaupun kekal di Pahang dan Perlis. 

Apabila kehilangan KUASA, maka para pemimpin dan wakil rakyatnya, mempunyai masa yang PANJANG berpolitik, kerana pengundi yang mereka wakili, SUDAH kurang menuntut PERKHIDMATAN, sebaliknya memberi SOKONGAN kepada mereka untuk terus BERPOLITIK, semata-mata UNTUK mengambil semula KERAJAAN yang telah hilang. 

Benar juga, kerana masa berpolitik cukup panjang, maka UMNO dan PAS membentuk MUAFAKAT NASIONAL, suatu muafakat yang dahulunya hanya impian, kerana MUNGKIN, dua-duanya mempunyai MASA yang panjang berpolitik, maka dapat DUDUK semeja untuk MELAKAR pendekatan politik baharu. 

IMPAK kepada MN, beberapa PRK selepas PRU-14 dimenangi. PRK yang amat berkesan, apabila menang besar di PRK Tanjong Piai, membelasah calon Pakatan Harapan (PH) yang diwakil Bersatu. Pada PRK tersebut, memperlihatkan bagaimana pengundi melayu mengubah balik sokongan, kerana KAWASAN Parlimen tersebut pada PRU-14 salah satu kawasan parlimen yang dimenangi Bersatu dengan jumlah undi yang signfikan. Bayangkan, belum 2 tahun selepas menang, boleh kalah dengan teruk sekali. 

Akibat kepada kecenderungan tersebut, para pemimpin Bersatu, kelam kabut, kerana memikirkan peluang mereka pada PRU akan datang, akan tamat, selagi terus bekerjasama, dalam PH. 

Para pemimpin Bersatu (kecuali mungkin Tun Dr Mahathir, Mukhriz, Mazlee dan 3 yang lain) kurang yakin, bahawa Bersatu akan hilang dalam peta politik tanah air, jika bertembung dengan MN. Malah sebahagian daripada pemimpin PKR juga berfikiran demikian. 

Kedudukan dan kuasa yang sudah terjamin, sekurang-kurangnya untuk sepenggal, tidak menyebabkan mereka kekal, kerana impak yang lebih dahsyat menunggu mereka di hadapan. Kebencian rakyat khususnya kaum melayu dan umat islam terhadap kerajaan PH, tidak boleh dibendung, apatah lagi, kelibat para pemimpin DAP dan Amanah secara nyata dan terang bukan sahaja mengurangkan peranan kaum itu, akan tetapi cuba dihakiskan. 

Para pemimpin melayu (termasuk yang berhijrah daripada UMNO selepas PRU-14) dalam Bersatu dan PKR, tidak boleh menunggu lama, bertindak lebih awal adalah lebih baik, apa tah lagi, sambutan kepada Kongres Penyatuan Melayu pada Oktober, 2019 amat berjaya. 

Walaupun demikian, TIADA yang terfikirkan bahawa KERAJAAN PH, akan tumbang begitu cepat. Kerana, tiada tanda-tanda bahawa MN akan membentuk kerajaan sebelum PRU-15. Sebelum langkah Sheraton, MN menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal. Bukan sahaja MN, akan tetapi GPS-Sarawak juga demikian, termasuk Warisan UPKO. 

Di KALANGAN Bersatu dan kumpulan Azmin, isu utama yang digeruni, adalah JANGAN SAMPAI Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Kerana mungkin, isu tersebut disedari Anwar dan DAP, maka desakan untuk Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri dikendurkan sedikit, apabila pada 21 Februari, 2020 selepas mesyuarat Majlis Presiden PH, Tun diberi kuasa sepenuhnya untuk menentukan, akan bila menyerahkan kuasa atau sebaliknya. 

Kata orang, retak menunggu belah, maka berlaku lah LANGKAH SHERATON. Kerana langkah itu, maka Tun meletakan jawatan. Kerana ketiadaan Perdana Menteri, maka Tan Sri Muhiyiddin Yassin dilantik pada 1 Mac, 2020, atas sokongan 114 MP, termasuk semua MP MN, GPS dan parti-parti kecil daripada Sabah. 

Seperti mana yang kita tahu, walaupun PN menjadi kerajaan, BERPOLITIK tidak pernah berhenti. Tan Sri Muhiyiddin selepas dilantik, JELAS menyatakan, MASA BERPOLITIK bagi beliau dihentikan untuk sementara waktu, kerana kerajaan beliau mahu menumpukan kepada PANDEMIK covid-19 dan pemulihan ekonomi. Pun demikian, 109 MP yang diketuai Tun Dr Mahathir, seminitpun TIDAK mengendurkan permainan POLITIK, sebaliknya merancakkannya. 

Tindakan MP Langkawai tersebut mengemukakan USUL TIDAK PERCAYA pada persidangan Dewan Rakyat Mei lalu, walaupun tidak dibahas, akan tetapi diungkit semula oleh MP Gua Musang, daripada UMNO-Tengku Razalegh Hamzah. Suasana menjadi hangat lagi, apabila Datuk Seri Anwar mendakwa mempunyai sokongan yang kukuh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, malah telahpun mengadap SPBA. Garam ditabur pada luka, apabila Biro Politik Umno, mengeluarkan kenyataan, akan mempertimbang menarik sokongan terhadap PN, melainkan syarat-syarat baharu secara bertulis diterima oleh Perdana Menteri. 

Sehingga kini, belum ada pengakhiran, tidak akan diketahui apa yang akan berlaku antara sekarang sehingga 15 Disember, 2020. Dewan Rakyat akan memulakan persidangan bermula pada 2 November- 15 Disember, dengan 30 USUL yang diterima Speaker, termasuk berbelas-belas USUL TIDAK PERCAYA terhadap Tan Sri muhiyiddin Yassin. Pada persidangan kali ini, salah satu agenda Mesyuarat adalah Pembentangan Bajet Tahun 2021 pada 6 November, dan pada 23 November, akan dilakukan UNDI BELAH BAHAGI. 

Pembangkang sudah tentunya menunggu undi belah bahagi tersebut, JIKA usul tidak percaya tidak dibahas, kerana usul itu SANGAT bergantung kepada URUSAN kerajaan yang didahulukan. Usul Tidak Percaya, adalah USUL persendirian. 

Melihat senario daripada selepas PRU-14, sehingga ke detik ini, BERPOLITIK adalah pilihan para wakil rakyat berbanding berkhidmat pada rakyat. Mereka yang tidak mahu berpolitik hanya sebahagian daripada 113, iaitu mereka yang berjawatan, tetapi rakan-rakan mereka yang TIADA jawatan, tidak henti berpolitik, sama dengan 109 MP yang memang sudah memilih BERPOLITIK, sehingga Kerajaan Tumbang, untuk mereka gantikan. 

Nampaknya, rakyat negara ini, benar-benar tertipu memilih para wakil rakyat seumpama ini, kerana melupakan berkhidmat kepada rakyat dan negara, sebaliknya mementingkan kedudukan masing-masing. Datuk Shafie Apdal sudah membuktikan, bahawa pemimpin dan wakil rakyat bukan mengutamakan rakyat, akan tetapi nafsu, sebab itu sanggup memperjudikan nyawa rakyat Sabah apabila membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai, 2020. Hasilnya, jumlah rakyat Sabah yang terjangkit Covid-19 terus mencanak naik, tiap hari menactit rekod baharu, demikian juga angka kematian.

Setidak-tidaknya 32 juta rakyat negara ini pernah mengalami peeranan wakil rakyat mereka di zaman edan!!!!.

No comments:

Blog Archive