Sunday, October 25, 2020

DARURAT WAJAR DILAKSANAKAN-INI SEBABNYA

KEADAAN politik negara, ibarat antara telur dan ayam. Tidak jelas mana satu yang duluan.

Ada yang kata USUL TIDAK PERCAYA penting, untuk membuktikan kerajaan ADA sokongan. Kalau lah mereka itu berfikiran positif, tanpa niat buruk, maka akan mengguna pakai kedudukan penyokong kerajaan pada Sidang Sehari Parlimen pada Mei, 2020, yang berjumlah 113. Juga, menggunapakai hasil undian belah bahagi pada Julai, 2020 apabila kerajaan disokong 111, kerana 2 MP tidak hadir seorang kerana masalah kesihatan dan seorang tanpa sebab. 

Sewajarnya mereka yang berfikiran soal UNDI TIDAK PERCAYA, sudah menamatkan hasrat atau niat atau tujuan berkaitan UNDI TIDAK PERCAYA. 

Namun, keadaan bertukar tidak menentu lagi apabila pada 23 September, 2020 Dato Seri Anwar Ibrahim mengaku ada sokongan yang lebih daripada mencukupi untuk mengambil alih kerajaan. Pada masa itu, memang ramai yang menganggap bahawa pengakuan Anwar tersebut adalah untuk mempengaruhi pengundi Sabah agar menyokong calon-calon Warisan Plus, PKR dan UPKO. Tetapi, kenyataan Presiden UMNO-Dato Ahmad Zahid Hamidi, bahawaUMNO tidak dapat menghalang ada MP parti itu menyokong Ketua Pembangkang tersebut, yang menyebabkan ramai pihak terpinga-pinga. 

Umum mengetahui, bahawa jumlah MP yang menyokong PN hanya berjumlah 113, lebih satu kerusi untuk majoriti mudah daripada 222 MP. Jika perkataan “ramai” yang digunakan Zahid, bermakna boleh 5 boleh 10 dan seterusnya. UMNO mempunyai 39 MP, dan semuanya secara individu termasuk dalam jumlah 113. 

Implikasi kepada kenyataan Zahid tersebut, selain bernafsunya Anwar menghadap SPBA, maka suhu politik, semakin memanas. Malah para pemimpin PH, tiba-tiba jadi cerdik, dengan mengeluarkan berbagai kenyataan, bahawa kerja sama antara UMNO dan DAP tidak mustahil akan terwujud. 

Dipihak UMNO pula, ada segelintir pemimpin mengeluarkan kenyataan, yang condong menyokong Anwar. Akibat pada beberapa kenyataan tersebut, maka keadaan semakin tidak menentu, apatah lagi DSAI berjaya menghadap SPBA pada 13 Oktober, 2020; namun, ketegangan diredakan sementara, kerana Anwar tidak mempunyai senarai nama-nama MP, akan tetapi hanya nombor TEKA TEKI. 

Walaupun Anwar hanya mempersembahkan NOMBOR teka teki kepada SPBA, namun UMNO semacam bertindak mendahului keadaan, apabila membuat kenyataan AKAN mempertimbangkan menarik sokongan terhadap kerajaan PN. Menerusi kenyataan itu, TIADA sesiapa yang waras menganggap, bahawa kerajaan PN tidak akan TUMBANG. 

Dalam KEADAAN yang serba kelam kabut tersebut, muncul pula surat Zahid bersama Najib yang dikirim kepada SPBA yang jelas menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, walaupun Ibu Pejabat UMNO menyatakan bahawa surat tersebut adalah PALSU. Ironinya, walaupun surat itu palsu, TIADA pihak yang membuat laporan polis, berbeza dengan laporan-laporan yang dikatakan palsu, tetapi individu yang disenarikan membuat LAPORAN POLIS. 

Menyedari, permainan telah terbongkar, maka Zahid mengumumkan GENCATAN POLITIK secara sepihak. Akan tetapi gencatan politik sepihak itu TIADA jaminan, bahawa kerajaan PN tidak akan ditumbangkan. 

Memandangkan kerajaan akan membentangkan BAJET TAHUN 2021 pada 6 November, 2010 dan undi belah bahagi pada 23 November, memandangkan kepada senario yang berlaku, TIADA jaminan bahawa BAJET tersebut bakal mendapat sokongan. Jika demikian situasinya, maka kerajaan PN, secara tidak langsung tumbang. 

Implikasi kepada BAJET yang gagal disokong, maka KERAJAAN tiada bajet untuk tahun 2021. Kerajaan yang tiada bajet, ertinya kerajaan yang TUTUP. 

Apa kah dalam situasi rakyat sedang berhadapan dengan pandemik covid-19 dan kelesuan ekonomi, berjalan bersama dengan kerajaan yang TUTUP, membawa pengertian, bahawa semua rakyat menggali kubur masing-masing. 

Untuk mengelak rakyat menggali kubur masing-masing, maka dicadangkan adanya PEMERINTAHAN DARURAT, semata-mata untuk menyelamatkan rakyat dan negara. Apa sahaja bentuk DARURAT, pemulihan kesihatan dan ekonomi berjalan seperti biasa, Cuma yang dibendung adalah permainan politik, yang menyebabkan rakyat dan negara jahanam. 

Penulis yakin SPBA akan mengambil kira permainan politik sesetengah pemimpin yang rakus, kerana sudah dibuktikan pada PRN-16 Sabah, kedegilan Shafie Apdal yang dipersetujui oleh TYT Sabah menyebabkan jangkitan covid-19 di Sabah khasnya dan amnya negara mendadak naik, malah tidak sedikit yang terkorban.

No comments:

Blog Archive