Sunday, October 25, 2020

JANGAN SEMBUNYI DIBALIK “KESATUAN” HALANG SELAMATKAN RAKYAT DAN NEGARA

DUA pemimpin pembangkang secara tiba-tiba bercakap soal kesatuan. Mereka itu adalah Lim Kit Siang dan Shafie Apdal, sebagai tindak balas, selepas Tan Sri Muhiyiddin Yassin menghadap SPBA pada petang Jumaat selepas Mesyuarat Khas Kabinet Persekutuan.

Kini, hasil perbincangan SPBA dan Perdana Menteri, maka diadakan Mesyuarat Khas Raja-Raja di Istana Negara pada Ahad (hari ini). 
Apa tujuan sebenar dibalik kenyataan dua pemimpin pembangkang tersebut yang cuba bersembunyi dibalik kesatuan? Sedangkan sebelum ini, mereka lah punca dedengut kepada perbalahan. 

Mereka ini, sejak 29 Februari, 2020, secara berterusan ada lah watak-watak utama tidak inginkan kesatuan, malah menjadi biang keruk kepada kehancuran negara, terutama dalam keadaan pandemik covid-19. 

Kerana kerajaan yang diterajui TSMY hampir mendapatkan restu daripada SPBA untuk menyelamatkan rakyat dan negara, tanpa sokongan mereka-mereka ini, maka secara sekonyong-konyong bercakap soal kesatuan. 

Mereka ini, hakikatnya cuba menghalang kerajaan yang diterajui TSMY menyelamatkan rakyat dan negara. 

Kepada TSMY jangan sesekali mendengar, pandangan daripada mereka ini, kerana pandangan mereka itu adalah berbentuk racun yang amat berbisa. 

Kenyataan-kenyataan berkaitan kesatuan, kerana menghalang pengistiharan darurat. Sedangkan darurat itu sangat diperlukan pada masa ini bagi membendung tingkahlaku pemimpin politik rakus. Melawan pemimpin rakus, kerana ada tindakan yang tidak normal atau abnormal seperti darurat. 

Penulis yakin, pandangan mereka ini, tidak akan berimpak pada mesyarat Raja-Raja, kerana memangpun Raja-Raja maklum akan niat mereka ini. 

Kita tunggu sahaja TITAH SPBA, yang bila-bila masa akan diumumkan.

No comments:

Blog Archive