Sunday, October 25, 2020

TIADA DARURAT-DISEBALIK KEPUTUSAN SPBA

Penulis yakin SPBA mendapat isyarat bahawa pembangkang akan menyokong Bajet Tahun 2021, dan ada jaminan tiada gangguan perjalanan pentadbiran kerajaan semasa pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi.

Kerana ada jaminan tersebut, maka permohonan Perdana Menteri untuk pengistiharan darurat kesihatan tidak diperkenanan, kerana kerajaan tidak akan mendapat halangan daripada mana-mana pihak dalam usaha berperang dengan covid-19 dan kelesuan ekonomi. 

Apa yang terzahir dalam keputusan SPBA tersebut, bahawa adanya jaminan daripada pihak pembangkang, tidak akan ada usaha menumbangkan kerajaan. 

Jaminan daripada pihak pembangkang tersebut tercermin menerusi titah baginda, “Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 ini dari terus merebak.” 

“Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.” 

“Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka” 

Rumusannya ; Raja Raja Melayu meletakkan kepercayaan dan keyakinan tinggi untuk kerajaan yang diterajui TSMY.

No comments:

Blog Archive