Tuesday, October 27, 2020

BAKUL MAKANAN-HANYA FAKTOR KEMANUSIAAN

KENA difahami betul-betul, bantuan BAKUL MAKANAN kerana faktor kemanusiaan, bukannya atas faktor lain.

Tiada mana-mana undang-undang atau peraturan negara, bahawa bakul makanan atau seumpamanya perlu diberikan oleh kerajaan, kecuali kepada mereka yang dijatuhi hukuman bersalah dan dimasukkan dalam penjara diberi makan minum secara percuma.

Bantuan bakul makanan, adalah inisiatif kerajaan atau NGO sebagai tanda prihatin atau kemanusian, untuk penduduk yang terjejas, kerana sesuatu BENCANA tidak diduga, seperti pandemik covid-19. 

Tindakan kerajaan membendung perebakan adalah menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

PKP yang ketat adalah PKPD (perintah kawalan diperketat), yang membawa erti lockdown. 

Di Sabah walaupun ada kawasan PKPD, tetapi, kedai runcit masih beroperasi sehingga pukul 6 petang, untuk memberi peluang kepada penduduk yang sihat membeli keperluan harian. 

Bagi mereka yang dikurantin di rumah, atas inisiatif kerajaan maka diberikan bantuan kemanusian berbentuk bakul makanan. 

Kerajaan telah mengumumkan RM50juta untuk membantu rakyat yang terjejas, termasuk agihan bakul makanan. 

Daripada jumlah tersebut sebanyak RM27juta telah disalurkan ke 25 daerah seluruh Sabah, dan nisbahnya berasaskan jumlah penduduk yang terjejas. 

Kerajaan negeri, mengkordinasi terus agihan ini, dengan menetapkan setiap bakul makanan bernilai RM100, dan tiada syarat diperlukan untuk pengagihan. Tiada istilah berdaftar dengan e-kasih atau sebagainya, asalkan penduduk tersebut termasuk dalam kelompok sasar. 

Pengagihan walaupun lancar, tetapi isu logistik timbul, atas sebab, jumlah kelompok sasar yang ramai. Bayangkan secara serentak dilaksanakan PKPD bagi kawasan yang padat penduduk seperti di perkampungan di Semporna, Tawau, Sandakan dan Lahad Datu, maka sudah tentunya, berlaku kelambatan, bukannya keteresan. 

Atas sebab kelambatan tersebut, maka berlaku lah seperti tindakan seorang penduduk daripada suku pa’lau di Semporna yang bernama Ladja, yang menyerah diri kepada pasukan marin yang sedang meronda mencegah penularan Covid-19. Ladja dengan 27 ketua keluarga bersama beliau terputus makanan, hanya kerana tidak dapat mencari makanan, kerana terpaksa berkurung di rumah masing-masing. 

Di Sabah, situasi terputus makanan, apabila tidak dapat memenuhi aktiviti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ada lah biasa, bukan sahaja di luar bandar, malah berlaku juga di tengah-tengah bandar. 

Bagi mereka yang berada di bandar, masih merasa lega, kerana Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN2.0) sudah diagihkan bermula 19 Okotber, walaupun mereka yang tiada akaun bank, di bandar Kota Kinabalu, yang terpaksa menunggu sehingga 29 Oktober, kerana BSN Kota Kinabalu ditutup sehingga 28 Oktober, kerana proses sanitasi. 

Walaupun bantuan bakul makanan merupakan tindakan kemanusian, namun ada pihak yang menjadikannya sebagai isu politik, sehinggakan timbul dakwaan, bahawa ada pihak daripada kerajaan menyunat dana bantuan tersebut, dengan dakwaan, nilai sebenar bukannya RM100 akan tetapi RM366. Malah ada seorang calon parti Warisan Plus yang tewas semasa PRU-16 Sabah di DUN Sulaman, percaya dengan dakwaan tersebut. 

Semasa Sabah masih diperintah Warisan Plus, memang bakul makanan digunakan sebagai alat politik, atas sebab itu, semasa agihan, sipengagih menggunakan seragam parti Warisan yang berlogokan perahu layar, selain mempromisikan lambang mereka yang berbentuk W, hasil gandingan jari-jari dua belah tangan. Maksud mereka itu, bantuan kepada rakyat tersebut, daripada parti warisan dan pemimpinnya, sedangkan 100% dana yang digunakan adalah wang kerajaan. 

Bayangkan, RM670juta wang kerajaan digunakan, untuk mempromsikan parti Warisan dan pemimpinnya. 

Namun, apabila Warisan Plus bukan lagi kerajaan, para pemimpin parti itu ghaib, kerana apa?, tiada lagi wang kerajaan yang mereka boleh gunakan untuk mempromsi diri mereka. Apa yang berbaki, adalah pencacai mereka dilaman sosial, termasuk yang menggunakan blog menabur berbagai fitnah. Bermula daripada 27 September, 2020, kelibat pemimpin Warisan Plus, hanya wujud, melalui pencacai mereka di alam maya, sedangkan secara fizikal, gahib daripada kawasan masing-masing, termasuk para pemimpin utama mereka.

No comments:

Blog Archive