Tuesday, August 11, 2020

SHAFIE BUKAN PEMIMPIN TULEN RAKYAT SABAH

 TUN Dr Mahahtir telah sahkan, bahawa Datuk Shafie Apdal bukan pemimpin tulen Sabah, sebab itu lah Tun mencadangkan nama beliau sebagai calon Perdana Menteri.

Kenyataan Tun tersebut, sebenarnya SATU sindirian besar kepada Shafie, kerana beliau lah Ketua Menteri Sabah yang melantik Timbalan Ketua Menteri daripada kawasan Parlimen yang sama, daripada suku yang sama dan mempunyai susur galur keluarga dengan beliau.

Kerajaan Shafie lebih kepada Semporna centric, tanpa mempedulikan keseimbangan kaum dalam perlantikan jawatan-jawatan khususnya jawatan-jawatan politik. Tindakan itu juga diterjemahkan menerusi pengagihan kontrak atau projek kerajaan yang banyak berkiblat kepada Semporna. Selain daripada itu, jawatan-jawatan awam juga terus dijamah dengan mengutamakan orang semporna untuk menduduki jawatan-jawatan penting.

Sabah yang mempunyai lebih 36 suku kaum, dalam pemerintahan Shafie, mengenepikan kebanyakan suku kaum lain, khususnya kaum-kaum besar seperti Bajau Samah, atau khasnya suku kaum daripada pantai barat Sabah.

Semasa pemerintahan PBS 1985-1994, walaupun ramai menganggap sebagai KDM centric, tetapi Datuk Pairin (kini Tan Sri) melaksanakan keseimbangan kaum terbesar di Sabah apabila memperkenalkan 3 jawatan Timbalan Ketua Menteri, dan praktik tersebut diteruskan sehingga kini, termasuk era Barisan Nasional.

Sempena PRN ke-15 Sabah (kerana DUN ke-15 Sabah  telah dibubarkan, seperti mana surat watikah TYT Sabah bertarikh 30 Julai, 2020, walaupun DUN yang dibubar adalah DUN ke-14), rakyat Sabah perlu menolak parti yang dipimpin Shafie, atas asas, beliau bukan lah pemimpin rakyat Sabah secara keseluruhan, tetapi hanya pemimpin Semporna.


No comments:

Blog Archive