Saturday, August 08, 2020

PRN SABAH-BERGANTUNG KEPUTUSAN MAHKAMAH

PADA 17 Ogos, akan diketahui, apa kah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bakal berlangsung.

Jika mahkamah memutuskan boleh mengadili injunction TS Musa bersama 32 ADUN yang menyokong beliau, maka PRN tidak akan berlangsung, sebaliknya, TYT Sabah terikat untuk melantik ADUN yang mempunyai sokongan majoriti.

Mahkamah perlu mempertimbangkan, bahawa penetuan kesahihan Ketua Menteri Sabah antara TS Musa Aman dan Datuk Shafie Apdal masih di Mahkamah Persekutuan, dan akan diputuskan pada 24 Ogos.

Apa kah PRN Sabah bakal berlangsung, sangat bergantung bagai mana hujah peguam yang mewakili 33 ADUN mematahkan hujah peguam negeri, kerana sudah tentu peguam negeri akan mengemukakan naratif bahawa mahkamah tidak boleh mengadili keputusan TYT Sabah membubarkan DUN Sabah.

Hakim perlu melihat dan mempertimbangkan "keadaan" yang berlaku, mengapa dan sebab DUN dibubar pada 30 Julai, atas sebab, walaupun TYT mempunyai kuasa membubarkan DUN, tetapi faktor-faktor yang mendorong beliau membubar perlu jelas dan mempunyai asas yang kukuh, dan sesuai dengan kuasa beliau dalam Perlembagaan Negeri dan asas demokrasi yang diamalkan di negara kita.

Rakyat yang memperhatikan, mengapa ADUN dibubar, atas sebab, Kerajaan Warisan yang dipimpin Shafie kehilangan sokongan majoriti. Dalam keadaan sekarang, jikapun Shafie memohon pembubaran, sepatutnya TYT tidak melayan permohonan tersebut, tanpa mengambil tahu sebab musababnya, memandangkan tempoh DUN Sabah masih berbaki 3 tahun lagi, tambahan lagi negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

Mengadakan PRN pada masa sekarang mendedahkan rakyat daripada ancaman maut Covid-19.

No comments:

Blog Archive