Saturday, July 11, 2020

SHAFIE AMBIL PENDEKATAN DUSTA BERBANDING FAKTA

KERANA mempertahankan kuasa dan melindungi kawan, Datuk Shafie Apdal sanggup menggunakan dakwaan dusta berbanding fakta sebenar. 

Shafie melenting, ekoran keputusan beliau mengarahkan syarikat berkaitan kerajaan Sabah Borneo Samudera Sdn Bhd (BSSB) menarik saman terhadap Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew yang diputuskan oleh mahkamah perlu membayar RM557.6 kepada syarikat tersebut dipersoalkan oleh berbagai pihak, malah mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak turut sama mempersoalkan keputusan tersebut. 

Bagi mempertahankan tindakan menyelematkan Christina, Shafie membuat dakwaan dusta berkaitan lesen FMU yang diberikan kepada Syarikat Jawala Sdn Bhd, milik Datuk Majid Khan di Sapulot, Keningau. 

Mengapa Shafie memilih nama Majid Khan, kerana penama mempunyai nilai politik, kerana semasa lesen diberikan berlaku pada era Tan Sri Musa Aman, iaitu pada tahun 2014. 

Kerana bertujuan politik untuk mengelirukan rakyat, Shafie menafikan fakta sebenar, mengapa kabinet Negeri Sabah bersetuju memberikan lesen FMU kepada Jawala Sdn Bhd. 

Shafie menyembunyikan fakta sebenar, bahawa Jawala telah menyerahkan semula 10 lesen konsesi pembalakan syarikat tersebut  yang berkelusan puluhan ribu hektar kepada kerajaan pada tahun 1997, yang mana lesen-lesen tersebut diperolehi pada era 80-an dan atau era penjajahan. 

Pada tahun 2014, apabila Jawala Sdn Bhd membuat permohonan kepada Kerajaan untuk menanam jenis kayu kayan yang berkualiti Laran Merah, Laran Putih untuk tujuan industri, kerana jenis kayu tersebut selain berkualiti, juga mempunyai nilai tinggi. 

Semasa permohonan tersebut, hanya satu kawasan yang memenuhi kretria permohonan syarikat itu, iaitu kawasan di Sapulot, bekas kawasan Sapulot Forest Development dn Bhd, yang juga telah diserahkankepada Kerajaan pada tahun 1997 untuk tujuan penanaman semula hutan menerusi FMU. 

Untuk menjayakan FMU dan hutan lestari (Sustainable Forest Management)-SFM yang dipekenalkan, kerajaan telah bersetuju kepada permohonan Jawala, kerana pertimbangan, bahawa syarikat itu mempunyai rekod kejayaan menanam semula hutan baik di Semenanjung mahupun Indonesia. 

Hakikatnya, kelulusan kabinet Sabah pada tahun 2014 kepada Jawala tidak melibatkan kawasan baharu, melainkan kawasan lama milik syarikat lain yang diserahkan semula kepada kerajaan untuk menjayakan SFM/FMU. 

Lagipun, kawasan yang diselesenkan tersebut, sepenuhnya termasuk dalam kawasan yang perlu dihutankan semula. 

Untuk rekod, Kerajaan lalu, tidak sewenang-wenangnya meluluskan pemberian tanah yang perlu dihutankan kepada mana-mana pihak, sebab itu lah, kawasan hutan yang dilindungi terus bertambah, daripada 838 ribu hektar pada tahun 2002 kepada 1.87juta hektar pada tahun 2017, pertambahan sebanyak 1.032 juta hektar atau 1,032 ribu hektar.

Cara Shafie sekarang memberikan geran-geran individu kepada rakyat, adalah cara yang boleh menyebabkan suatu masa kelak, negeri ini akan terjerumus kepada ketiadaan tanah untuk untuk industri, sedangkan cara itu telah dielakkan oleh kerajaan lalu, kerana rekod menunjukkan pada tahun 2002, sejuta hektar tanah diberikan geran individu, tetapi tanah-tanah tersebut telahpun dijual oleh pemilik asal. Asas ini lah yang menyebabkan pengenalan Geran Komunal, kerana meenerusinya, mereka yang termasuk dalam geran tersebut tidak boleh menjual tanah, hanya boleh diwariskan.

No comments:

Blog Archive