Thursday, July 09, 2020

HUTAN SIMPAN SAPULUT-SHAFIE MENGELIRUKAN RAKYAT

Datuk Shafie Apdal dalam ucapan beliau semasa menyerahkan 2,300 geran individu di Keningau pada Khamis, 9 Julai, 2020 membuat dakawaan mengelirukan berkaitan Hutan Simpan Sapulut, kononya diberikan oleh Tan Sri Musa Aman kepada Datuk Majid Khan 
 (Jawala Plantations Sdn Bhd).

Hakikat sebenarnya, Kabinet Negeri Sabah pada tahun 2014 telah bersetuju kawasan 11,000 hektar milik Sapulut Forest Development Sdn Bhd yang diserahkan semula kepada kerajaan negeri untuk tujuan FMU (Forest Management Unit) kemudiannya dilesen kepada Jalawa bagi menjalankan penanaman semula hutan.

Untuk rekod apabila Kerajaan Sabah pada tahun 1997 memperkenalkan SFM (Sustainable Forest Management) Jalawa telah menyerahkan 10 lesen konsesi milik syarikat tersebut kepada kerajaan negeri.

Bagi menjayakan FMU dan SFM, Jawala yang merupakan syarikat antarabangsa yang terlibat dengan penanaman semula hutan atau kayu berharga untuk tujuan industri perkakas rumah, telah memohon menyertai FMU dengan keutamaan menanam pokok-pokok tempatan seperti spesis Red Laran, White Laran kerana jenis kayu itu tersebut adalah kayu berkualiti dan bernilai tinggi.

Jawala seperti mana yang disebutkan pada awal tulisan ini telah menyerahkan 10 lesen pembalakan pada tahun 1997 yang berjumlah ribuan hektar pada kerajaan negeri. Hanya pada awal tahun 2014 telah timbul hasrat syarikat tersebut menanam pokok-pokok berkualiti, maka Kabinet Negeri telah bersetuju kawasan asal Sapulut Sdn Bhd dilesenkan kepada syarikat tersebut.

Sebenarnya, tiada lesen pembalakan untuk kawasan baharu terlibat, seperti mana dakawaan Shafie.

Sebagai nota, kerana penyerahan 10 lesen konsesi pembalakan oleh Jawala Sdn Bhd pada tahun 1997, telah menyebabkan peningkatan keluasan kawasan hutan kekal Sabah kepada 1.87juta hektar pada tahun 2017, berbanding 838 ribu hektar pada tahun 2002.

1 comment:

FRADESY RIRITIA said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Blog Archive