Friday, June 12, 2020

PEMBEBASAN DAN PELEPASAN TAN SRI MUSA-SHAFIE PULA YANG GELABAH!!!

PEMBEBASAN DAN PELEPASAN Tan Sri Musa Aman tiada sesiapa yang seharusnya pertikai.

Jabatan Peguam Negara yang baharu apabila meneliti maka mendapati semua pertuduhan terhadap Musa yang menjela-jela hanya untuk menggamit persepsi atau imej negatif terhadap tertuduh, kerana semua pertuduhan, seolah-olah memaksa mahkamah memutuskan, bahawa Tan Sri Musa Aman itu adalah seorang wanita, sedangkan semua fakta, baik yang tertulis mahu pun manusia biasa, Musa adalah seorang lelaki sejati. 

Atas sebab semua fakta yang berkaitan Musa menunjukkan bahawa Musa dituduh dengan tuduhan yang tidak berasas, maka Peguam Negara yang hanya bertindak berasaskan fakta yang benar, maka demi undang-undang dan keadilan, tiada peguam negara yang bertindak meneruskan tuduhan terhadap orang kena tuduh (OKT) berasaskan fakta fiktif, hanya peguam negara bermotifkan politik bertindak demikian.

Datuk Shafie Apdal, kelihatan sangat gelabah, apabila mahkamah membuat keputusan membebaskan dan melepaskan Tan Sri Musa, sedangkan hampir 2 tahun, Musa turun naik mahkamah dalam era Kerajaan PH yang disokong Shafie, Menteri yang jaga undang-undang adalah Pengerusi Parti Warisan, peguam negara adalah lantikan kerajaan PH, dan peguam itu lah yang syiok menari dengan menteri yang jaga undang-undang di Sabah, pada masa sama juga Ketua Hakim Negara yang juga pro Shafie ikut berdansa. Pun, semua yang terlibat itu, tidak boleh mensabitkan satu kesalahanpun daripada 51 senarai pertuduhan terhadap Musa, sehinggakan DPP yang dikawal peguam negara era PH, terpaksa menarik 5 pertuduhan, kerana tiada asas.

Sedar kah Shafie semua itu? Semasa beliau berdegar-degar dalam sidang akhbar pada Rabu, menembak merata menggunakan peluru kapur!!! Mengunakan hujah-hujah tidak berasas.

Mempertikai keputusan Hakim membebaskan dan melepaskan Musa, seolah-olah Shafie mahu mahkamah memutuskan sesuatu tuduhan rekaan sebagai benar, manakala yang berfakta sebagai salah. Mungkin atas sebab itu, beliau bertepik, apabila kes Lim Guan Eng yang dibebas dan dilepas, sedangkan kes itu serupa, seperti pinang di belah dua dengan kes Dato Khir Toyo, yang mana mantan MB Selangor tersebut didapati bersalah, masuk penjara, harta yang dikaitkan dirampas kerajaan.

Nasihat penulis kepada Shafie, belajar lah berpijak di bumi nyata, jangan takut dengan bayang-bayang. Terima lah hakikat, yang benar itu tetap benar, yang bathil itu akan musnah.

2 comments:

Anonymous said...

Ini lah perangai celaka yang tak sedar dek untung. Kes tengah jalan di mahkamah tapi si celaka tua ni dah buat persepsi sial, dah buat fitnah jijik dah hina mahkamah semua kes yg sedang berjalan sudah dijatuh hukum lebih awal.

Tun Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memastikan enam orang wakil rakyat yang sedang di dalam perbicaraan mahkamah tidak akan didapati bersalah.

Malah katanya sewaktu Muhyiddin rancang untuk terima Umno dan Najib Razak sebagai rakan dalam parti baru, beliau berjanji tidak akan sentuh perbicaraan kes-kes Najib dan lain-lain kes yang melibatkan beberapa pemimpin Umno dan perbicaraan akan diteruskan.

Enam wakil rakyat berkenaan adalah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Sri Bung Moktar Radin.

Kalau mcm ni lah perangai sampai mampos buat fitnah dan persepsi sial sedangjan mahkamah sedang dibicarakan
elok kasi taji kaw kaw legasi tak guna ni. Ini menghina mahkamah namamya. Elok heret si renta ni ke mahkamah segera.

Anonymous said...

Betul lah formula wak jemin menjadi kenyataan... smlm si doriah dan kawn kawan kata formula wak jemin betul

kah kah kah

Formula Wak Jemin Tepok Berderai:

129 - 1 = 107

haahhh tepokkkk...!!!

kah kah kah... kah kah

Blog Archive