Sunday, June 14, 2020

SHAFIE MACAM CACING KEPANASAN

KALAU bukan kerana PKP, degup jantung Datuk Shafie Apdal yang semakin cepat tidak perlu menunggu 9 Jun.

9 Jun, adalah hari yang tidak akan boleh dilupakan oleh Presiden Warisan itu, kerana hari itu lah bermulanya gelisahan, gelabah, denyut jantung semakin cepat, sehinggakan perlu menelan ubat penenang.

Sejak 9 Jun, dua kali sudah Shafie memanggil wakil-wakil rakyat untuk menggambarkan tanda sokongan kepada beliau.

Menerusi 2 sidang akhbar, di muka Shafie tergambar kegelisahan, kebimbangan, tergambar beban yang luar biasa berat, sehinggakan hujah beliau bukan sahaja ke laut, tetapi banyak yang mencarut, sama sekali tidak mewakili status “Ketua Menteri”.

Rupanya, kalau kedudukan “Ketua Menteri” yang tidak sah, apabila berdepan dengan isu besar, tergambar sangat bahawa seseorang yang tiada kelayakan menyandang jawatan tersebut akan kelihatan seperti tikus basah, berlagak seperti harimau, malangnya hanya kucing.

Shafie selepas menghina rakyat semasa sidang dewan undangan negeri pada April, tidak sampai 2 bulan merayu-rayu menggunakan rakyat minta nyawa, sedangkan fakta menunjukkan bahawa rakyat bukan lah keutamaan beliau.

Mengapa 9 Jun menjadi titik kegelisahan Shafie? Sebabnya usaha beliau dan rakan-rakan beliau selama 22 bulan menerusi kerajaan Pakatan Harapan mengananya Bapa Pembangunan Moden Sabah, Ketua Menteri yang memartabatkan rakyat dan negeri Sabah, Ketua Menteri yang mengeluarkan Sabah dan rakyatnya daripada lembah kemiskinan, Ketua Menteri Sabah yang mengumpulkan simpanan kewangan Sabah berbilion ringgit, Ketua Menteri Sabah yang mampu mengekalkan hutan simpan Sabah sehingga 1.87juta hektar, Ketua Menteri yang meningkatkan ekonomi Sabah 2 kali ganda sehingga RM80bilion, bebas dan dilepaskan daripada semua pertuduhan tidak tidak berasas.

Cuba bayangkan sejak November, 2018 sehingga sebelum PKP kerana wabak Covid-19, Tan Sri Musa Aman perlu naik turun mahkamah untuk berhadapan dengan 51 tuduhan yang tidak masuk akal. Satu perkara lagi tuduhan terhadap Musa, tidak sampai ke peringkat bicara pun, dan semua itu berlaku semasa di bawah hidung kerajaan PH, peguam negara lantikan kerajaan PH, Menteri yang jaga undang-undang adalah Pengerusi Parti Warisan, pun demikian, tidak mampu lepas membawa Musa dibicarakan.

Kenapa semua itu berlaku, kerana satu perkara- Tuduhan terhadap Musa tiada asas untuk diteruskan, tiada asas untuk dibicarakan. Membicarakan Musa hanya membuang masa mahkamah, tiada asas undang-undang yang boleh digunapakai kepada semua pertuduhan, pertuduhan yang dirasik-rasik, seperti layaknya perbuatan penagih dadah.

Kerana persengkokolan memalukan Musa, memalitkan imej buruk, akhirnya terlerai, kerana Peguam Negara yang tidak berpihak mendapati semua pertuduhan terhadap Musa, sepatutnya tidak wujud, kerana semua pertuduhan tersebut sudah dileraikan sejak tahun 2012 lagi, bukan sahaja oleh perundangan Malaysia, juga negara luar Hong Kong. Dan satu perkara yang sejelas-jelasnya, Musa tidak terlibat pada sebarang salah laku jenayah.

Kata orang, berani kerana benar, takut kerana salah, benar tetap benar, salah tetap salah. Keadaan ini lah yang menyebabkan Shafie seperti cacing kepanasan sejak 9 JUN!!!!.

5 comments:

Anonymous said...

Padan muka shapie apdal.

Tunggu giliran dia pulak keluar masuk pejabat SPRM dan seterusnya mahkamah.

Jangan jadi mcm Anwar atau Peter Anthony pulak....dah kantoi salah, menghasut rakyat guling2 atas jalanraya! Dulu boleh la, duit berjuta upah sorang RM50 suruh guling2. Skrg rakyat dah bijak menilai. Rakyat dah menyampah dgn PH dan puak shapie apdal.

Teruskan hidup kamu seperti CACING KEPANASAN!

Syabas TS Musa Aman dan DS Najib Razak....Berani kerana Benar!

Anonymous said...

Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Abdul Jalil Rasheed mendedahkan bagaimana beliau menghadapi gangguan semasa memegang jawatan sebagai CEO dan presiden kumpulan PNB.

Tun Mahathir Gelar Melayu "Uneducated" Tetapi Cucu Sendiri Tipu Sijil. Apabila Tun Mahathir ditanya tentang perlantikan cucu saudaranya, jawapan Tun Mahathir adalah "saya tak tahu".

Apabila ditanya bagaimana Pengerusi YPB tidak tahu tentang perlantikan CEO PNB, Tun Mahathir jawab Tan Sri Zeti tidak maklumkan kepadanya. Sedangkan Zeti sudah beritahu tun.

Menurut cucu saudara Tun Dr Mahathir Mohamad itu, keadaan tersebut membuatkannya semakin bimbang tentang keselamatan keluarga.

Alasan disebabkan 'keselamatan keluarga' itu hanya auta cucu mamak saja. Untuk pengetahuan cucu atok kesayangan dan walaun unta sekelian , atok dah 95 tahun elok jer selamat hidup kat Malaysia ni...!!

Klu rugi buisness bole bailout lagi...pada cucu atok kesayamgan kat celah mana yang tak selamatnya tuhh..!?

Yang tak selamat ialah rakyat, kes pembunuhan Syuhada Jalil Ibrahim dalam kes BMf pembunuhnya masih bebas hingga kini..

Pada anak cucu kesayangan atok lu bole reka beratus alasan... hidup anakcucu tetap kaya raya...

... nak sembang kari bole naik lori weiii..

Anonymous said...

CAMNER NAK KAW TIM PH+ MACAM NI
SEKO NAK PANCUNG SEKO NAK JAWATAN
UGUT PUJUK SINDIR TIKAM BATU API
MCM NI RAKYAT NAK LAGI KE PAKATAN.!?

ABANG SAIF DAH KATA SELASA INI
ARI NI RABU BERAPA PUNYA AUTA LA..!!
SEKO NAK PANCUNG SEKO NAK PM LAGI
RAKYAT TEPOK BERDERAI LAKUN DAN AUTA

HAMPEH HARI CERITA KOMPROMI ITU INI
ESOK LAIN CITER LAIN YANG MENJADI
KATA CUKUP NOMBOR NAK TUNGGU APA LAGI
CUKUP LAH TU RAKYAT MUAK MELUAT KINI


UDAH UDAH LA TUUU... SEMUA NI BARUA BARUA BATU API SINGAPORK@DAP



HAAAAH TEPOKKK DAN SIMENN...!!

Anonymous said...

TUN M BERUBAH2 FIKIRAN MENYULITKAN LAGI RUNDINGAN CALON PM?
Shahbudin Husin

Dalam isu menentukan calon Perdana Menteri PH Plus yang sehingga kini belum lagi dapat dimuktamadkan, ramai orang cuba menyalahkan Anwar Ibrahim atas kegagalan itu.

Kata mereka, jika Anwar sedia bertolak ansur dan mengalah kepada Tun Mahathir Mohamad, sudah pasti kata putus sudah dapat dimuktamadkan sekarang ini.

Mereka menambah lagi, tiada alasan untuk Anwar tidak setuju beralah kerana kali ini dikatakan Tun Mahathir hanya mahu memegang jawatan Perdana Menteri bagi tempoh selama enam bulan saja.

Selepas itu, Tun Mahathir diperkatakan setuju sepenuhnya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar melalui satu surat perjanjian hitam putih yang disertakan sekali tarikh penyerahan kuasa itu akan dilakukan.

Selain itu, sementara menunggu kuasa diserahkan kepadanya, Anwar juga akan diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Oleh itu, tambah mereka, apa lagi yang Anwar perlu bimbangkan?

Menyedapkan lagi cerita, mereka menambah, Tun Mahathir juga semakin tua sekarang ini dan tidak mungkin mampu bertahan lebih lama untuk terus bekerja sebagai Perdana Menteri.

Belum rampas kuasa Brother kite dah kena main balik. Kah kah kah..


Haahhh tepokkk..!!

Anonymous said...

Jika Dr M mungkir janji, kami akan ‘paksakan’ pilihan raya, kata Anthony Loke dari Parti DAP berkait janji baru PH plus (PH+).

Janji manipesto yg dolu sudah lokos kena kencing kini buat janji baru pula.

Yang tambah pelik DAP yang 'paksakan' tun undur atau buat pilihanraya jika janji itu dicapati.

Pada walaun unta sekelian dalam PH+ yang beri arahan adalah DAP yang terima arahan puak Atok, puak PKR Bang Non dan puak PAN Mat Sabun.

Nampak tak siapa yang mencatur, memberi arahan dan mengarah itu ini dalam PH+..!? Pemimpin Melayu dalam PH+ hanya lah Melayu bacul seperti lembu dicucuk hidung.

Perjanjian baru dalam Pakatan Harapan (PH+) untuk mencalonkan semula Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri bakal menyaksikan kerajaan gabungan itu tumbang sekali lagi jika pemimpin veteran itu enggan berundur dalam tempoh 6 bulan yang ditetapkan, dedah seorang pemimpin DAP.

Pada walaun unta sekelian dalam PH+ yang menang ialah Cina DAP.

Sesungguhnya aku dah beri pesan dan aku sudah menjalankan tugas aku memberi peringatan.

Aku dah jalankan amanah aku sesuai dengan kuderat yang ada, seperti kisah Nabi Ibrahim dibakar api.

Ada seekor burung pipit mundar mandir cari air lalu mencurahkan air ke dalam api yg besar dam marak itu. Lalu gagak memperolok olok burung pipit 'buat apa kau buat kerja sia sia ini..!?

Lalu burung pipit membalas perolokan gagak itu 'aku sudah buat kerja mengikut kuderat dan anugerah yang Allah beri sesuai dengan usaha yang termampu.

Supaya aku tak disoal diakhirat depan tuhan ku nanti walau pun aku tahu api itu tidak akan padam dengan air yang ada di paruh aku yang kecil ini..!"

Selebihnya lu fikir lah sendiri Melayu dan Islam Sunnah Wal Jamaah atau Cina DAP Avanglista COMANGO Pluralisma Murtad Syiah Liberalis yang untung ..!?

Selebihnya lu fikir lah sendiri Islam dan Melayu atau DAP yang untung..!?

PS Judi jugak suatu keutamaan utk dihapuskan. Pluralisma murtad lagi diutamakan

Blog Archive