Perekonomian Sabah tahun
2019 menguncup kepada 1.8% berbanding sebelum ini yang berlegar-legar antara
6%-8% setahun.
Jelas sekali, perekonomian
Sabah daripada semua sektor mengalami penguncupan, kerana ketiadaan petanda
untuk menopang perekonomian.
Covid-19, berimpak kepada
krisis kesihatan, ekonomi dan sosial. Kerajaan yang tidak bersedia sudah tentu
negeri yang bakal terjejas teruk.
Kelemahan Sabah kerana
ketiadaan industri sebagai penampan, kerana industri seumpama itu yang
dipermudah semasa kerajaan Barisan Nasional semasa era Tan Sri Musa Aman,
seperti pembukaan ladang-ladang menerusi geran komunal, projek paip rentas
daerah, projek mega seperti Pan Borneo, Projek SGOT, POIC diperlahan atau ada
yang dibatalkan sebaik sahaja Kerajaan Warisan mengambil alih. Jika projek-projek tersebut masih berjalan
sudah tentu dapat menampung mereka yang
kehilangan pekerjaan di sektor pelancongan atau perhotelan.
Dalam keadaan krisis
ekonomi sekarang ini, projek-projek yang dibiayai kerajaan seperti projek
infrastruktur atau industri boleh menampung pengangguran.
Sayang sekali, visi yang diletakan
Kerajaan lalu menerusi halatuju pembangunan dan kemajuan Sabah (Halatuju)
supaya Sabah lepas landas (take-off) sebagai negeri maju menjelang tahun 2025,
terbantut kerana perubahan kerajaan, bukan sahaja terbantut malah ada yang
ditamatkan atau dibatalkan.
Melihat impak covid-19,
nampaknya, rakyat Sabah perlu memilih IKAT PERUT sekurang-kurangnya menunggu
pergantian kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan Warisan yang bengap dan
lemah.
Telah terbukti dengan
jelas, bahawa kerajaan Warisan adalah kerajaan yang gagal, kerana mengurus
Pakej Bantuan Covid-19 pun gagal. Bayangkan bantuan pakej Covid-19 yang
berbentuk perkhidmatan boleh gagal, apa tah lagi berhubungan dengan pembangunan
dan kemajuan.
Penulis yakin, sebahagian
besar rakyat Sabah rindu dengan cara kerajaan lalu mengurus ekonomi,
pembangunan dan kemajuan.
No comments:
Post a Comment