PH tidak habis-habis dengan peralihan kuasa. Tidak habis-habis dengan kami cukup nombor. Benar-benar gila talak.
Jangan berangan nak ambil kuasa di tangan orang lain, jika tangan tak cukup panjang.
Sebelum ini, tiada siapa yang berangan nak ambil kuasa di tangan Tun, kecuali Anwar. Itupun nampak dekat tetapi jauh, sehingga lah kerajaan PH tumbang. Kerana PH tumbang semua orang tahu, kerana ditumbangkan sendiri.
Tiada yang siapa yang minta Tun letak jawatan, yang ada hanya daripada PKR, PAN dan DAP untuk tentukan tarikh menyerahkan jawatan PM kepada Anwar selepas APEC. Itupun, akhirnya hanya cerita kosong, kerana pada 21 Februari, pimpinan PH menyerahkan kepada Tun tarikh atau apa sahaja, semuanya diserahkan kepada Tun membuat keputusan.
Dua hari kemudian, iaitu pada 23 Februari, Tun memanggil semua pemimpin melayu/bumiputera di kediaman beliau. Maka berkumpulah semuanya, kecuali Anwar dan Mat Sabu. Diputuskan kerajaan dijenamakan tanpa DAP, Anwar dan PAN dengan sokongan 131 MP, dan sudah tentunya Tun adalah Perdana Menteri. Keputusan telah dibuat, senarai telah ada, maka semua pemimpin melayu/bumiputera berangkat ke Istana menghadap YDP Agong dan menyerahkan senarai 131MP!!!. Sepatutnya malam itu juga akan diumumkan kerajaan baru yang dijenamakan, tetapi tidak menjadi. Oleh kerana semua 131MP sudah berhimpun di Kuala Lumpur, maka Dato Azmin Ali mengadakan majlis makan malam di Hotel Sheraton, Petaling Jaya (kemudian dikenali sebagai Langkah Sheraton).
Kerana perkembangan itu, seawal pagi 24 Februari, Lim Guan Eng, Anwar, Wan Azizah dan Mat Sabu ke Yayasan Perdana untuk menemui Tun, tetapi Tun tidak datang pejabat, kemudiannya para pemimpin PH itu ke kediaman beliau di The Mines, Sri Kembangan. Tidak diketahui apa yang dibincangkan, tetapi sekitar tengah hari dikhabarkan Tun telah menghantar surat letak jawatan kepada YDP Agong. Semasa surat perletakan jawatan itu dihantar ke Istana, YDP Agong sedang bermain golf. Selepas selesai dengan menaiki heli kembali ke Istana, untuk menerima menghadap YAB Tun. Seperti yang telah dititahkan oleh YDP Agong semasa merasmikan persidangan Parlimen pada 18 Mei, Baginda meminta supaya Tun tidak meletakkan jawatan, namun Tun berkeras untuk meletakkan jawatan juga. Walaupun demikian YDP Agong melantik Tun sebagai Perdana Menteri Interim sehingga perlantikan Perdana Menteri ke-8.
Pada sebelah petang 25 Februari, dalam proses melantik PM-8, telah menitahkan semua 222 ahli parlimen menghadap Baginda pada 26 dan 27 Februari.
Pada 25 Februari juga PKR-DAP-PAN (PH) telah mengubah haluan, untuk mencadangkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM-8.
Apabila semua 222 MP menghadap YDP Agong pada 26 dan 27 Februari, semua MP PH menamakan Anwar, manakala Warisan, Bersatu dan UPKO dan kumpulan Azmin menamakan TUN, sementara MN dan GPS tidak menamakan sesiapa. Diketahui kemudian, tiada penama atau calon PM-8 yang mendapat undi majoriti, kerana Anwar disokong 92, Tun 64, Tidak memilih 60.
Pada petang 26 Februari, Tun selepas pulang daripada Istana, telah mengumumkan Penubuhan Kerajaan Perpaduan. Pada petangnya MN mengumumkan tidak minat terhadap kerajaan seumpama itu, tetapi memilih pembubaran parlimen.
Pada 28 Februari, selepas TUN menghadap YDP Agong, beliau mengumumkan SIDANG KHAS PARLIMEN untuk menentukan PM-8. Pengumuman ini disifatkan oleh banyak fihak mendahului YDP Agong. Di sebelah petangnya, Speaker Dewan Rakyat mengumumkan, bahawa beliau mendapat titah daripada Istana, tidak perlu diadakan Sidang Khas Parlimen.
YDP Agong telah mengambil inisitif memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja, kemudiannya keputusan telah dibuat, YDP Agong memberi peluang ke-2 kepada parti-parti yang mempunyai MP di parlimen, untuk mengemukkan sekali lagi penama untuk dilantik sebagai PM-8 dan hendaklah disembah kepada Baginda pada pagi 29 Februari.
Sehingga tengah malam 28 Februari, hanya dua nama bakal dicadangkan sebagai calon PM-8, PH mencalonkan Dato Seri Anwar, manakala MN, BN, GPS, STAR dan PBS mencalonkan Tan Sri Muhiyiddin Yassin. Sehingga tengah malam itu, kedudukan Warisan dan UPKO tidak jelas, walaupun didapati Presiden Warisan kelihatan di kediaman TSMY pada 28 Februari.
Gerakan awal pagi 29 Februari telah berlaku, sementara semua yang menyokong TSMY sudah bergerak ke Istana, termasuk ada yang sudah berada di Istana, telah berlaku perubahan, Dato Seri Anwar menarik diri sebagai calon, dan bersetuju Tun Dr Mahathir sebagai calon PH. Kerana kecaluran ini, maka akhirnya Warisan dan UPKO menyokong semula Tun, manakala GPS, kekal menyokong TSMY. Pengumuman siapa yang mendapat sokongan majoriti agak terlambat kerana Datuk Johari Abang Openg sebagai Pengerusi GPS, sukar dihubungi kerana di luar liputan telepon.
Akhirnya, YDP Agong mendapati TSMY mendapat sokongan 114MP, seperti mana diumumkan oleh Setiausaha Agung Pas. Maka TSMY diperkenankan sebagai PM-8 dan mengangkat sumpah keesokan harinya 1 Mac 2020.
Selepas perlantikan TSMY, hanya pada 18 Mei, diketahui semula jumlah MP yang menyokong Kerajaan PN, aitu 113, sementara yang menentang 107, manakala 1 bebas dan 1 kemudiannya menyokong PH.
Sehingga kini, tiada lagi gerakan yang pelik daripada 113 MP, kecuali pada 29 Mei, dihebohkan 3 MP PN- 2 berstatus menteri dan seorang timbalan menteri akan berpaling tadah, kemudiannya didapati berita itu adalah palsu.
Oleh kerana tiada gerakan pelik daripada 113MP, bagai mana kuatnya psy war yang digerakan PH, hanya merupakan bualan kosong kedai kopi. Hakikatnya, laluan KAMI ADA NOMBOR, PERALIHAN KUASA hanya sebagai penyedap dan menghibur hati.
1 comment:
Tiada pun gambar Anwar Ibrahim dalam perbincangan tersebut. Kalau DSAI dan otai tak faham maksud tersirat gambar itu elok bubar Parti PKR..
Tak faham faham lagi ke..!??
Post a Comment