KALAUPUN ada isu moral jika usul tidak percaya tidak dibahas pada sidang parlimen 18 Mei, hanya pada kaca mata ahli parlimen pembangkang, bukannya pada rakyat.
Kerajaan PN ada lah
kerajaan sah berasaskan perlembagaan.
Sepatutnya, semua pihak termasuk
pembangkang membantu kerajaan berhadapan dengan krisis kesihatan dan ekonomi
yang melanda negara.
Kerana tindakan
pembangkang mencuba meruntuhkan kerajaan yang mendapat pengiktirafan dunia
melawan pandemik covid-19, maka rakyat sudah dapat menilai, bahawa mereka hanya
mabuk kuasa, jauh sekali membela kepentingan rakyat dan negara.
Terserlah sungguh,
menerusi 3 usul yang diterima Speaker daripada pembangkang, tiada satu pun usul
berkaitan pandemik covid-19, ekonomi, pakej bantuan kepada rakyat, melainkan
hanya mahu merebut kuasa.
Di mata rakyat,
pembangkang sudah hilang integriti. Di mata rakyat mereka itu rakus kuasa.
Bayangkan negara sedang
berperang dengan pandemik covid-19, mereka langsung tidak menghiraukannya,
melainkan terus mencatur bagai mana mendapatkan kuasa.
Kalau lah bukan kerana
status mereka sebagai wakil rakyat, rakyat tidak memandang mereka.
2 comments:
biarkan anjing liar menyalak bukit....lgi banyak anjing2 ni menyalak...makin meluat org ramai terhadap anjing gila nii....
Gelaran YB dan dewan yg mulia tidak membawa makna yg mulia dan tinggi apabila sesama mereka buat gelaran yg buruk, tidak menghormati gelaran yg dipegang dan menjadikan status dewan tidak dihormati apabila kalangan ini menunjukan sikap yg hodoh dengan tidak memperdulikan pandangan rakyat yg menonton tingkah laku mereka didalamnya. Setiap calun pilihanraya haruslah menghadiri kursus2 ketertiban dan kursus2 nilai terpuji dan lulus sebelum pencalunan mereka di benarkan.
Post a Comment