Monday, May 11, 2020

USUL TIDAK PERCAYA-KEM MUHIYIDDIN KENA BERSEDIA


LATAR BELAKANG para ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) selain speaker- Kem Tan Sri Muhiyiddin kena bersedia pada sidang parlimen 18 Mei ini, bahawa TIADA jaminan usul tidak percaya tidak dibentang.

Memang secara biasanya parlimen akan mengutamakan urusan kerajaan, tetapi pembangkang boleh saja mendesak supaya usul tidak percaya didahulukan, dengan alasan kerajaan yang membentangkan urusan kerajaan perlulah sebuah kerajaan yang legitimate.

Pembangkang daripada 29 Februari lagi menyanyikan lagu bahawa Tan Sri Muhiyiddin Yassin tidak mendapat sokongan majoriti, sebaliknya yang mendapat sokongan adalah Tun Dr Mahathir.

Pembangkang pada petang 29 Februari hingga ke malam siap dengan senarai ahli parlimen yang menyokong yang berjumlah 114, diantaranya Datuk Dr Jeffery G Kitingan (Keningau) dimasukan sebagai ahli parlimen PKR.

Datuk Maximus Ongkili (Kota Marudu) dan 2 ahli parlimen bebas, disenaraikan dalam 114 tersebut sedangkan awal-awal lagi 3 ahli parlimen tersebut telah membuat kenyataan menyokong Tan Sri Muhiyiddin.

Di atas kertas pada keadaan sekarang, Tan Sri Muhiyiddin disokong 114  daripada 222.. Jika 3 sahaja berpaling tadah, maka menyebabkan parlimen tergantung, jika 4 berpaling, maka kehilangan majoriti mudah.

No comments:

Blog Archive