Friday, May 22, 2020

TUN BERDEPAN DUA MUSUH

Perjalanan politik anak bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad iaitu Mukhriz agak berliku baik ketika bersama di dalam UMNO mahupun kini bersama Bersatu.

Dua kali Mukhriz gagal menamatkan tugasnya selaku Menteri Besar Kedah iaitu pada tahun 2016 ketika masih bersama UMNO/BN dan kali ini bersama Bersatu.

Plotnya hampir sama dengan krisis yang berlaku pada tahun 2016. Beliau disingkirkan UMNO kerana penentangannya terhadap Presiden UMNO ketika itu Najib Razak.

Kali ini cerita yang sama juga berulang apabila beliau secara terbuka menentang kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama UMNO, PAS dan GPS.

Pada tahun 2016, Mukhriz bersama bapanya, Muhyiddin dan Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal secara terbuka mengkritik dan mendesak Najib yang juga Perdana Menteri ketika itu supaya meletak jawatan kerana dikaitkan dengan skandal 1MDB

Dalam satu jamuan makan malam sempena perhimpunan agung UMNO tahun itu di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, Mukhriz di hadapan bapanya dan Muhyidin secara terbuka mengkritik kepimpinan Najib.

Najib pada masa itu tiada pilihan lain kerana enggan tunduk kepada desakan sesuatu perlu dilakukan dan tindakan mesti diambil.

Kecuali Shafie yang keluar secara sukarela, Muhiyiddin dan Mukhriz disingkirkan daripada UMNO,  dan mereka membentuk Bersatu sehingga berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.

Kali ini plot yang sama dengan skrip hampir sama, kerana bersama bapanya menentang Muhyiddin, sekali lagi Mukhriz hilang jawatan Menteri Besar.

Malah Mukhriz ketika sidang media mengumumkan peletakan jawatan secara terbuka menegaskan yang beliau berpegang teguh kepada pendirian ayahandanya untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Mukhriz bagaikan menjadi mangsa keadaan kepada percaturan politik bapanya.

Sebelum PRU-14 lalu "3M" Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz menjadi tonggak yang menentang kepimpinan Najib dalam Umno.

Boleh dikatakan, majoriti rakyat cukup kagum kepada 3M ini ketika itu, namun situasinya agak berbeza selepas PH berjaya menguasai Putrajaya.

Mahathir sejarahnya memang terkenal dengan sikap suka berkonfrantasi dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan bekas Perdana Menteri.

Daripada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sehinggalah kepada Najib, semuanya tidak terlepas daripada menjadi mangsa Mahathir.

Kini giliran Muhyiddin pula menjadi mangsa kepada serangan Mahathir, dengan rasminya Mukhriz disingkirkan, maka Perdana Menteri perlu bersiap sedia untuk menerima serangan dan percaturan politik bekas Perdana Menteri dua kali itu.

Persoalannya apakah percaturan Mahathir kali ini mampu menjatuhkan Muhyiddin? Ini kerana Muhyiddin merupakan pengikut setia yang amat memahami percaturan Mahathir.

Ketika Mahathir mendesak bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi supaya berundur, Muhyiddin digunakan bagi menekan Pak Lah ketika itu, begitu juga ketika mendesak Najib, Muhyiddin juga turut digunakan.

Episod yang dilalui Muhyiddin kali ini tidak ubah dengan apa yang dilalui Najib ketika menjadi Perdana Menteri. Kemungkinan tekanan lebih kuat akan dikenakan terhadap Muhyiddin?

Cuma bezanya kali ini Muhyiddin bukan saja mendapat sokongan sebahagian besar pemimpin Bersatu, bahkan turut mendapat sokongan UMNO termasuk Najib, PAS dan GPS serta kumpulan bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Jadi, secara tidak langsung Mahathir kini mempunyai dua "musuh politik" yang perlu dihadapi iaitu Muhyiddin dan Najib untuk kembali ke tampuk kuasa.

Kali ini, Pakatan Harapan (PH) pula dijadikan "kenderaan" oleh Mahathir untuk mencapai matlamatnya dan mengembalikan PH ke tampuk kuasa.

Persoalannya, mampukah percaturan Mahathir kali ini untuk berdepan dengan dua musuh politiknya?

4 comments:

Anonymous said...

Riza rela serah aset demi kebebasan mulakan hidup kembali - Najib

Najib Razak berkata, pada dasarnya beliau lebih suka jika anak tirinya, Riza Shahriz Abdul Aziz, meneruskan proses mahkamah bagi pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi.

Pun begitu, kata bekas perdana menteri berkenaan, beliau faham mengapa Riza memilih untuk membuat penyelesaian dengan Jabatan Peguam Negara bagi membolehkan dia dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Menurut Najib selama lima tahun Riza menghadapi pelbagai kesukaran ekoran kes yang melibatkan dirinya sehingga tidak boleh melakukan sebarang perniagaan baru.

Betapa zalim nya kerajaan PH di bawah Tun Mahathir dari hari pertama hingga di bebaskan kes 'bebas tanpa lepas' lansung tidak dibicarakan di mahkamah.

Ternyata kerajaan PH hanya 'buy time' untuk membuli Riza anak tiri sambil membelasah Najib dan mensensasikan kes 1 MDB supaya rakyat hadam rekayasa jijik Tun Mahathir. Inj niat jijik Tin Mahathir menghancurkan orang yang di benci yang boleh mengancam legasi tak guna ini

"Jadi, kalau meneruskan tindakan mahkamah, Riza mungkin akan memakan masa 4 tahun lagi. Jadi (semuanya) 10 tahun, satu dekad dalam hidupnya, dia tak boleh buat apa-apa.

"Jadi dia kata, tak apalah, saya serah balik semua aset ni dalam penyelesaian ni. Saya nak my freedom (kebebasan saya), kebebasan untuk saya memulakan hidup semula.

"Dia nak hidup dia, dan dia kata dengan pengalaman saya (Riza), insya-Allah dia yakin dia boleh mulakan hidup baru,"

Menurut Najib, filem-filem yang diterbitkan Riza "agak berjaya".

Ternyata filem Riza mencecah angka billion dan ratusan juta. Ini bukan 'kaleng kaleng' filem di hollywood.

"Filem pertama Wolf of Wall Street (2013) jana penjualan tiket AS$392 juta (RM1.7 bilion) berbanding kos AS$100 juta (RM430 juta).

Filem Dumb and Dumber To (2014) jana penjualan tiket AS$169.8 juta (RM730 juta) dengan kos pengeluaran AS$50 juta (RM215 juta).

Filem Daddy's Home (2015) jana penjualan tiket AS$242.8 juta (RM1.04 bilion) dengan kos AS$69 juta (RM297 juta)," menurutnya.

Bagi seorang ahli perniagaan berjaya di hollywood, apa lah nilai ratus juta dibayar sekiranya kebebasan dibelenggu oleh penguasa zalim.

Anak cucu Tun pun ada terbit filem masa Tun jadi PM ke 7. Low class filem maker and low quality production.

Harap Acara pembukaan filem saja gempak first class, tapi filem lansung tak ada quality. Low class filem memalukan industri filem Malaysia.

Ini bukan kes bail-out duit berbillion billion ringgit wang Petronas , KWSP, Dana Pencen dan Tabung Haji utk syarikat perkapalan dll

"Bukan melantik syarikat Petron membekal minyak kepada kerajaan sebaik sahaja PH menang PRU14."

Kontrak Opcom Bhd yang didakwanya "diwujudkan, diluluskan dan dilaksanakan" oleh kerajaan PH berusia 5 hari.

Jelas merujuk tiga anak Mahathir, iaitu Mokhzani, Mirzan dan Mukhriz.

Ternyata filem Riza mencecah angka billion dan ratusan juta. Ini bukan biashe biashe punya filem ini.

Filem keluaran anak Mahathir tiada low quality dan memalukan industri filem Malaysia.

Anonymous said...

atok dh takder harapan nk jdi PM kali ketiga....umurnya dh betul2 dihujung tanduk....sabor jer laaa

Anonymous said...

Tun bkn berdepan dua musuh...tapi tiga...musuh yg ketiga ialah malaikat maut...

Anonymous said...

DAP dah benci sangat dah tuhh .. sedar sedar lah diri itu sikit..!!

Dr Mahathir Mohamad digesa berhenti bermain tarik tali dengan parti tamak haloba DAP berikutan sudah terbukti bahawa mereka membenci bekas Perdana Menteri itu dan hanya mahu mempergunakan beliau sahaja.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya mendakwa, kenyataan Ronnie Liu semalam mendedahkan perasaan yang terpendam pemimpin DAP yang sejak sekian terhadap Dr Mahathir, dan mungkin khabar angin bahawa DAP dan Ahli Parlimen Langkawi itu sering ‘bergaduh’ adalah benar.

“Selepas saya membaca kenyataan pemimpin DAP (Ronnie Liu) ini, saya rasa maruah Dr Mahathir sendiri dipijak-pijak kerana baru sahaja beliau menulis panjang lebar untuk ‘mensucikan’ DAP dan yang lebih perit lagi ialah, beliau sanggup menghina bangsa Melayu hanya kerana mahu ‘mensucikan’ DAP.

“Maka, terbukti dan terbongkarlah bahawa DAP sendiri tidak menghargai Dr Mahathir pun

Blog Archive