Friday, May 01, 2020

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN “MORATORIUM” PINJAMAN BANK..

Moratorium bermaksud penangguhan rasmi bayaran...... Ia bukan bermaksud penghapusan pembayaran.

Mereka masih perlu membayar pinjaman tersebut . Cuma pinjaman ( installment)mereka akan dipanjangkan.

Sebagai contoh sekiranya hutang mereka sepatut berakhir pada 31/12 /2020 maka hutang mereka akan ditangguh 6 bulan kemudian iaitu berakhir pada 30/6/2021

Faedah pinjaman akan tetap di kenakan seperti biasa .Ini adalah kerana elemen faedah ( interest)pinjaman itu adalah sumber dan punca pendapatan semua bank yang beroperasi. Jadi ia adalah mustahil untuk dihapuskan.

Perlu difahami bahawa perniagaan bank adalah menggunakan wang pendeposit ( savings, fixed deposits)untuk memberi pinjaman kepada pengguna yang berkehendak pinjaman dari bank.

Bank bertanggungjawap membayar faedah ( intetest) kepada setiap pendeposit .Bayaran faedah kepada pendeposit itu datang melalui keuntungan yang diperolehi dari pinjaman yang diberi kepada peminjam .

Contoh : jika pendeposit di beri faedah deposit 3 peratus maka bank mengenakan faedah pinjaman 8 peratus , ini bererti bank memperoleh pendapatan sebanyak 5 peratus margin kasar daripada aset pinjamannya...Margin inilah juga diguna bagi membayar kos operasi dan punca keuntungan bank.

Oleh itu tidak logik sekiranya peminjam dikecualikan membayar faedah pinjaman .Kerana jika ia dikecualikan bererti bank tidak akan beroleh pulangan dari aset pinjaman mereka dan bagaimanakah untuk membayar kos operasi...Disatu pihak yang lain..pendeposit wang di bank tidak akan dapat di bayar faedah simpanan mereka( interest on deposits bagi savings, fixed deposit)

Oleh itu peminjam yang ditawar “moratorium”ada pilihan samada mahu membayar “installment “bank secara tertangguh mengikut kaedah morotarium atau bagi mereka yang berkemampuan dan tidak terjejas mereka boleh membayar seperti biasa mengikut perjanjian asal diantara peminjam dan bank.

“Morotarium “ini hanyalah bersifat kemudahan kepada peminjam ( sempena pandemik covid 19)tetapi tidak bererti mereka dibebaskan atau tidak perlu membayar pinjaman mereka kepada bank.

tamat... DATUK ABDUL RAHIM BAKRI-TIMBALAN MENTERI KEWANGAN 1

No comments:

Blog Archive