Monday, April 20, 2020

SHAFIE HINA RAKYAT SABAH

KERANA gagal melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat yang terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantai transmisi COVID-19 di kalangan rakyat, Shafie sanggup menghina rakyat Sabah, dengan hujah membantu rakyat sepatutnya tidak dijadikan budaya, sebaliknya rakyat perlu membantu diri sendiri.

Shafie berhujah budaya terlalu bergantung kepada bantuan tidak sepatutnya wujud di kalangan rakyat. Hujah itu timbul sebagai jawapan soalan ADUN Tambunan-Datuk Dr Jeffery G Kitingan yang bertanyakan berkaitan tindakan kerajaan negeri Sabah membantu rakyat semasa PKP, kerana PKP itu merupakan tindakan yang tidak dirancang, yang memerangkap semua rakyat, tanpa mengira latar belakang dan status sosial.

Kenyataan Shafie itu bukan sahaja menghina rakyat Sabah, juga menganggap Kerajaan Persekutuan juga bodoh, kerana membantu rakyat negara ini dalam bentuk tunai melibatkan lebih RM25bilion.

Shafie tidak berpijak di bumi nyata, kerana dalam tempoh serangan wabak COVID-19 ini sebahagian besar negara di dunia mengumumkan pakej bantuan secara langsung kepada rakyat mereka, malah negeri jiran Sarawak membantu rakyat negeri itu dengan pakej yang jauh lebih besar berbanding Sabah.

Mungkin atas dasar tidak ingin membantu rakyat secara ikhlas, maka menerusi pakej bantuan COVID-19 Sabah, pada asalnya hanya melibatkan RM100juta secara tunai, manakala RM18juta dalam bentuk food bank, iaitu separuh jumlahnya berbanding nilai projek semasa COVID-19, iaitu RM200 juta projek luar bandar.

Sebenarnya Sabah boleh membantu rakyatnya dalam tempoh musibah ini, kerana Kerajaan telah mewarisi simpanan kewangan yang cukup besar daripada era Tan Sri Musa Aman.

Kalaupun setiap KIR yang diterjemahkan menerusi jumlah pengundi Sabah yang berjumlah 1.1juta, jika dibayar RM300 one-off pun hanya berjumlah RM330 juta tidak sampai 10% simpanan kewangan yang diwarisi yang berjumlah RM3.4bilion pada Jun 2018. Ada lah persoalan yang amat besar, apa kah wang simpanan itu telah habis dalam 22 bulan Shafie memerintah?

Kerana wang simpanan tersebut telah habis, maka Shafie terpaksa berdalih, bahawa membantu rakyat tidak seharusnya menjadi budaya.

Hujah Shafie tersebut, seolah-olah kerajaan Persekutuan yang melaksanakan PKP adalah perbuatan main-main, dan seterusnya rakyat yang terputus pendapatan kerana tidak dapat keluar mencari nafkah adalah perbuatan main-main atau disengajakan.

Shafie sebenarnya masih bernasib baik kerana mewarisi keadaan rakyat yang sudah meningkat taraf hidup, jika beliau berhadapan dengan keadaan kehidupan rakyat pada tahun 2003 yang mana kadar kemiskinan Sabah masih dua digit, kemungkinan beliau akan berhujah, jika ada rakyat kebuluran, biarkan mereka mati kebuluran, kerana masa itu, simpanan wang negeri hanya RM184juta sahaja.

Rakyat Sabah perlu bangun, dan perlu menilai, siapa kah Shafie, kerana di kala rakyat sangat memerlukan, beliau sanggup menghina rakyat yang mengharapkan bantuan atau pertolongan daripada kerajaan.

Kepada Shafie, PKP rakyat tidak minta, demikian juga wabak COVID-19 rakyat tidak minta. Rakyat tidak dapat mencari nafkah, rakyat tidak minta. Keadaan telah memerangkap semua, tanpa mengira darjat seseorang.

1 comment:

Anonymous said...

Tun atau Anwar jadi Ketua Pembangkang. Nak berebut tikam belakang pun orang tak marah cuma tepok tangan saja. Tun bakal dipecat dari Bersatu

Semalam bekas perdana menteri Najib@Bosssku dalam satu kenyataan kepada The Star berkata Tun akan menjadi bekas perdana menteri kedua yang duduk di bangku pembangkang.

“Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.

“Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota Pakatan,” katanya.

Sebelum ini Najib Razak menjadi bekas perdana menteri pertama yang berbuat demikian.

Pada 24 Februari lalu, Bersatu menarik diri dari PH sementara Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Ini membawa kepada kejatuhan kerajaan persekutuan PH dan akhirnya Muhyiddin Yassin diangkat sebagai perdana menteri baru, dengan sokongan sebahagian besar anggota parlimen Bersatu dan semua wakil Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Sekumpulan kecil anggota parlimen yang dipercayai masih setia kepada Mahathir akan bergabung dengannya dengan duduk di bangku pembangkang.

Dari simber dipercayai Tun. akan dipecat dari Bersatu kerana melanggar displin parti Bersatu kerana mahu duduk di barisan pembangang 18. Mei nanti.

Mengenai pemilihan ketua pembangkang, Mahathir berkata bahawa beliau tidak akan merebut jawatan itu...

Hari ini dalam sejarah Tun tak rebut dan tangguh peralihan kuasa dan jawatan...kikiki

hahhhh tepokkkkk makin panas popcorn kasi tambah.. tak sabar nak tunggu 18. Mei 2020 kali ini.

Blog Archive