Friday, April 10, 2020

PAKEJ BANTUAN COVID-19 SABAH-TERSALAH TAJUK

TIDAK pasti apa alasan kerajaan Sabah mengagihkan bantuan berperingkat. Mungkin kah kerana kekurangan stok makanan? Mungkin kah kerana lojistik?- Jika kedua-dua ini dijadikan alasan mengapa agihan bantuan COVID-19 Kerajaan Sabah berperingkat, mungkin boleh diterima. 

Dengan dua alasan itu juga, maka 5kg beras yang diagihkan, boleh cukup untuk seminggu 4 orang satu isi rumah. Manakala 1 pek kopi dengan 1kg gula, boleh bertahan lama, jika kebetulan penerima itu mengidap penyakit kencing manis. 2 tin sardin kecil pula, hanya sekali masak, demikian juga 2 bungkus mee segera, hanya sekali masak. Melihat bantuan peringkat pertama atau fasa 1, kerajaan hanya mahu membuktikan, bahawa kerajaan prihatin. Bukan soal cukup atau tidak, selama PKP.

Selain kerajaan menunjukkan keprihatinan, mahu juga membantu pembekal yang dilantik untuk mendapat sedikit keuntungan, termasuk dapat membayar upah kepada pekerja.

Kerajaan Sabah telah menentukan bagi fasa pertama, setiap DUN 1000 KIR diberi bantuan makanan dengan nilai RM100.00. Ertinya, peruntukan RM100,000 digunakan daripada RM300,000.

Kerana mereka yang diberi bantuan itu terkategori sebagai keluarga sangat terjejas teruk (vulnerable), maka secara automatik juga pada fasa ke-2, perlu juga dihantar makanan, demikian lah seterusnya sehingga RM300,000 habis dibelanjakan. Ada lah diperkira selepas semua peruntukan habis dibelanjakan maka mereka yang vulnerable itu, tiada lagi bantuan makanan untuk mereka, dan diharapan PKP pun ditarik balik. Oh yah, kerajaan Sabah juga membayar RM500 secara one-off kepada mereka ini, namun bukan semua, seluruh Sabah hanya ada 38,203 KIR, purata setiap DUN ada 636 KIR. Oleh kerana sasaran setiap DUN adalah 1000 KIR, maka bakinya 363, mungkin terdiri daripada ibu-ibu tunggal, OKU, warga mas dan lain-lain.

Food bank Kerajaan Sabah yang berjumlah RM18juta, hanya berputar-putar pada kelompok sasar. Manakala yang lain, iaitu sekitar 125 ribu KIR akan mendapat RM300 setiap KIR secara one-off.

Melihat cara Kerajaan Sabah mengagih bantuan makanan, sebenarnya hanya kepada kumpulan target. Manakala rakyat lain, tidak termasuk, walaupun terjejas juga selama PKP ini.

Melihat cara atau kaedah pakej bantuan COVID-19 Sabah, khususnya kategori food bank, perlu diubah kepada PAKEJ BANTUAN COVID-19 UNTUK RAKYAT TIADA KEMAMPUAN. Manakala bantuan RM300 secara one-off -perlu diubah kepada PAKEJ BANTUAN COVID-19 UNTUK RAKYAT BERDAFTAR E-KASIH. Peruntukan RM200juta untuk projek luar bandar- perlu diubah. PAKEJ PROJEK KECIL SEMASA COVID-19.

JIKA tajuk-tajuk kecil itu digunapakai, maka tiada lah rakyat yang merungut...


No comments:

Blog Archive