TRANSMISI Covid-19 yang begitu cepat, menunjukkan kegagalan negara maju. China punca wabak itu, walaupun "berjaya" melawan tetapi memerlukan masa lebih 2 bulan, itu pun bukan kerana kaedah perubatan, tetapi, hanya memutuskan transmisi jangkitan.
Punca menyebarnya wabak tersebut dengan begitu pantas sekali, kerana tindakan dua negara, iaitu China dan Amerika Syarikat. China bertindak menafi, manakala Amerika pula, tidak menganggap wabak itu serius.
Malaysia juga pada awalnya mengambil mudah, malah ada mantan menteri, membuat hujah, wabak itu adalah "perkara kecil", "wabak itu tidak bahaya"; "wabak itu tiada impak pada ekonomi Malaysia".
Hakikatnya, kini, semua pihak perlu mengakui bahawa peluang keemasan menghalang transmisi wabak itu daripada awal, telah disia-siakan.
Kalau kita semak semula, bagaimana reaksi antara dua negara adikuasa itu, apabila wabak itu muncul pertama kali, di Wuhan, China, China menuduh askar Amerika sebagai punca wabak tersebut, manakala Amerika mendakwa wabak itu sebagai "Chinese virus".
Kini, selepas lebih 204 negara dijangkiti, sah sudah virus itu tidak mengenal siapa, baik yang dijangkiti mahupun yang menjadi mangsa.
Semasa tulisan sedang disiapkan, di seluruh dunia seramai 1,015,667 mangsa dijangkti dengan 53,200 kematian. UPDATE DISINI
Tabel di atas adalah 28 negara terpilih, yang mahu ditunjukan keterkaitan antara jangkitan positif dengan kematian dan penyembuhan.
Daripada 28 negara terpilih, nampaknya United Kingdom, mendapati, mereka yang dijangkiti di negara itu berdepan dengan penyembuhan, apabila 1000 jangkitan, hanya 4 berpeluang untuk sembuh. Di Negara China pula, mungkin kerana tempoh melebih 3 bulan selepas ditemui wabak itu di negara itu, peluang penyembuhan 764 setiap 1000 kes. Di Malaysia pula, peluang penyembuhan adalah 246 setiap 1000 kes, berbanding Amerika Syarikat 42 setiap 1000 kes.
Daripada segi kematian pula Singapura menduduki tangga terbaik, apabila hanya 4 kematian setiap 1000 kes, manakala tertinggi masih Italy dengan kematian 121 setiap 1000 kes. Malaysia pula 16 kematian setiap 1000 kes, berbanding Amerika Syarikat, Jepun, UK, Indonesia, masing-masing 25; 25;87 dan Indonesia 95.
No comments:
Post a Comment